FELDA Jengka 24 kini miliki gelanggang futsal serba moden

KUANTAN – Kerja naik taraf gelanggang futsal FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, berjaya disiapkan mengikut jadual.

Membabitkan kos kira-kira RM200,000, gelanggang itu bakal menjadi lokasi tumpuan utama golongan belia di tanah rancangan berkenaan untuk beriadah.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, selain menumpukan kepada penambahbaikan padang, kerja naik taraf juga membabitkan sistem pencahayaan dengan menggunakan lampu limpah moden.

“Gelanggang futsal ini bakal memberi impak besar kepada gaya hidup kumpulan belia di FELDA Jengka 24.

“Keadaan padang pun dah hampir setaraf dengan padang futsal profesional, ditambah pula sistem lampu limpah moden, ia memberi keselesaan dan meningkatkan rasa selamat kepada pemain,” katanya ketika majlis penyerahan gelanggang futsal itu, lewat petang semalam.

Beliau berpandangan, kemudahan terbaharu di kawasan tanah rancangan berkenaan diharap dapat mengurangkan aktiviti tidak berfaedah dan menjadikan kawasan gelandangan futsal itu sebagai lokasi anak muda berkumpul bagi melakukan aktiviti sihat dan positif.

“Gelanggang futsal ini bukanlah untuk golongan belia semata-mata, tapi terbuka untuk digunakan oleh semua penduduk di FELDA Jengka 24.

“Kalau boleh, biarlah ia menjadi tempat kita berkumpul untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan.

“Saya mewakili penduduk di FELDA Jengka 24 merakamkan penghargaan kepada semua pihak, terutamanya Kerajaan Pahang yang mempertimbangkan permohonan kami untuk menaik taraf gelanggang futsal ini,” jelasnya.

Related Posts

Dua beranak cemas diacu pisau, suspek larikan SUV berjaya ditahan

MIRI – Tindakan berani dua lelaki menyamun dan melarikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki dua beranak di kawasan Bulatan Time Square, Jalan Cina mengundang padah apabila salah seorang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Marin Sabah tumpas kegiatan pindah diesel subsidi, rampasan lebih RM194,000

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Team Task Force Balai Polis Siguntur berjaya menumpaskan kegiatan pemindahan minyak diesel bersubsidi dalam satu operasi di kawasan Jalan Weng…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua beranak cemas diacu pisau, suspek larikan SUV berjaya ditahan

Dua beranak cemas diacu pisau, suspek larikan SUV berjaya ditahan

Marin Sabah tumpas kegiatan pindah diesel subsidi, rampasan lebih RM194,000

Marin Sabah tumpas kegiatan pindah diesel subsidi, rampasan lebih RM194,000

Ekonomi negara kekal berdaya tahan di sebalik ketidaktentuan global – PM

Ekonomi negara kekal berdaya tahan di sebalik ketidaktentuan global – PM

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah

Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah