DAP sedia jika PRU mengejut diadakan

PUTRAJAYA – “Sebagai ahli politik, kita kena sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU),” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu berkata, beliau juga yakin semua wakil rakyat kini sudah bersedia untuk menghadapi PRU Ke-15 (PRN15).

“PRU bila, itu hanya Perdana Menteri saja tahu… boleh tanya beliau. Namun sebagai ahli politik, kita sentiasa kena bersedia untuk menghadapi PRU.

“Saya percaya bagi wakil rakyat yang melaksanakan tanggungjawab mereka dari hari pertama hingga sekarang, bila-bila kita kena bersedia kerana tanggungjawab yang diberikan oleh pengundi bukan untuk sekarang, tetapi sejak tiga tahun yang lalu kita berusaha sebaik mungkin untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk.

“Bagaimanapun, apa jua keputusan itu terpulang kepada Perdana Menteri,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada media pada program Lawatan Turun Padang Pelupusan Kenderaan Buruk oleh Pihak Car Medic Semenyih, petang semalam.

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membayangkan kemungkinan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU16 lebih awal jika rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan terus bertindak menggugat kestabilan politik di negara ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dipetik sebagai berkata, pendirian itu diambil susulan keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk bertanding semua kerusi di Johor.

Ditanya sama ada DAP sudah ada senarai calon untuk menghadapi PRU15, Hannah meminta supaya bertanyakan perkara itu kepada Perdana Menteri.

Related Posts

Tindakan keluar PKR perkara biasa – Mustapha

SEPANGGAR – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud menyifatkan tindakan beberapa pemimpin meninggalkan parti berkenaan sebagai perkara biasa dan tidak mengejutkan parti itu. Katanya, PKR sudah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

PULAI – Pakatan Harapan (PH) Johor memberi amaran jelas kepada Barisan Nasional (BN) bahawa peluang untuk membentuk kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini berada di penghujungnya, susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua beranak cemas diacu pisau, suspek larikan SUV berjaya ditahan

Dua beranak cemas diacu pisau, suspek larikan SUV berjaya ditahan

Marin Sabah tumpas kegiatan pindah diesel subsidi, rampasan lebih RM194,000

Marin Sabah tumpas kegiatan pindah diesel subsidi, rampasan lebih RM194,000

Ekonomi negara kekal berdaya tahan di sebalik ketidaktentuan global – PM

Ekonomi negara kekal berdaya tahan di sebalik ketidaktentuan global – PM

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah

Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah