Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki lebih 3,000 liter diesel tanpa lesen, minggu lalu.

M. Thiinesh, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki barang kawalan berjadual iaitu sebanyak 3,455 liter diesel yang disimpan dalam enam buah tangki IBC pada bahagian belakang sebuah lori kanvas.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Kompleks Penyimpanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, kira-kira pukul 11.30 malam, 14 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan boleh dihukum di bawah Seksyen22(1) akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi kesalahan kedua atau seterusnya pula, dia berdepan hukuman denda tidak melebihi RM2 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya KPDN, S Preeya Darrsini dan Pegawai Pendakwa KPDN, Alsad Nasrullah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri setiap bulan kepada pegawai penyiasat KPDN dan menetapkan 24 Jun depan sebagai tarikh lantikan peguam.

Related Posts

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

ARAU – Isu sistem parkir berpalang yang sebelum ini diumumkan dibatalkan kerajaan negeri kembali menjadi perhatian apabila dibangkitkan secara terbuka dalam Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat di sini baru-baru ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

SEPANGGAR – Seramai 477 pelajar di Parlimen Sepanggar menerima pengiktirafan menerusi Program Anugerah Cemerlang MADANI 2025 atas pencapaian akademik cemerlang dalam peperiksaan masing-masing. Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

Op Mabuk: 2 lelaki ditahan, 14 saman dikeluarkan

Op Mabuk: 2 lelaki ditahan, 14 saman dikeluarkan

Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

Pekerja ladang maut dihempap tandan kelapa sawit

Pekerja ladang maut dihempap tandan kelapa sawit

Isu AKPS perlu diperhalusi – Mustapha

Isu AKPS perlu diperhalusi – Mustapha