12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

KUCHING – Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas pengumuman 12 Inisiatif Hari Guru yang dilihat sebagai langkah membela nasib warga pendidik.

Presidennya, Zulkiflee Sebli menyifatkan kesemua inisiatif tersebut sebagai cerminan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa profesion keguruan secara menyeluruh.

Menurut beliau, antara fokus yang amat dihargai ialah penekanan terhadap aspek latihan profesional, kebajikan, infrastruktur, dan sasaran untuk mengurangkan beban tugas guru.

Menyentuh inisiatif pemansuhan rekod kokurikulum manual dan pengenalan sistem digital baharu, Zulkiflee berharap proses peralihan itu dapat direalisasikan dengan lancar dan berkesan.

“Pihak kami amat menyokong usaha pendigitalan ini, namun amat penting untuk memastikan sistem baharu yang diperkenalkan kelak benar-benar stabil, mesra pengguna, dan tidak menambah beban sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Justeru, beliau menyarankan agar sistem digital tersebut disokong dengan latihan serta penyelenggaraan berterusan, terutamanya bagi kemudahan sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Dalam pada itu, langkah KPM memperluaskan pensijilan profesional seperti Google Certified Educator serta tawaran biasiswa dan Hadiah Latihan Persekutuan turut disokong penuh oleh kesatuan berkenaan.

Bagaimanapun, Zulkiflee mencadangkan agar pelaksanaannya disertakan dengan peruntukan masa yang bersesuaian, akses yang inklusif, dan diberi pengiktirafan dalam laluan kerjaya guru.

Mengenai peruntukan kewangan bagi penyediaan peranti digital dan naik taraf infrastruktur sekolah, kesatuan itu berharap pengagihannya dapat dilaksanakan secara adil dan telus.

Jelasnya, perancangan tersebut wajar mengambil kira keperluan sebenar sekolah, lebih-lebih lagi di Sarawak yang mempunyai cabaran bentuk muka bumi tersendiri.

Beliau turut mengesyorkan agar bilik khas, terutamanya bilik kaunseling, dilengkapi kemudahan pendingin hawa bagi mewujudkan suasana yang kondusif semasa sesi bimbingan bersama-sama klien.

Selain itu, menyentuh isu pengurusan kantin, Zulkiflee menyambut baik inisiatif bantuan yang diumumkan, dan berharap pihak kantin dapat terus mengekalkan tawaran harga berpatutan buat warga sekolah.

Bagi menjamin kejayaan semua inisiatif berkenaan, beliau menggariskan keperluan pelaksanaan yang cekap, pengurangan beban tugas yang realistik, penambahbaikan kebajikan berterusan, serta penglibatan guru dalam pembentukan dasar.

Tambahnya, KGBS sentiasa komited untuk berganding bahu dengan KPM dalam memastikan usaha murni tersebut memberi manfaat kepada seluruh pendidik, bertepatan dengan tema ‘Guru Bitara, Nadi Negara’.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24