DBKL keluarkan 9 kompaun dalam Op Korekan Jalan Awam

Oleh: Raihana Ali

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sembilan notis kompaun terhadap kontraktor pembinaan menerusi Operasi Korekan Jalan Awam Siri 8/2026 yang dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar ibu kota baru-baru ini.

Operasi bermula jam 11 malam pada 15 Mei hingga 3.30 pagi, 16 Mei itu melibatkan pemeriksaan di sekitar Jalan Tun Perak, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Maarof, Jalan Travers dan Jalan Changkat Thamby Abdullah.

DBKL memaklumkan pemeriksaan dijalankan bagi memantau tahap pematuhan kontraktor terhadap prosedur operasi standard (SOP) semasa melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan melibatkan utiliti awam, penurapan jalan, pemasangan paip serta saliran.

“Hasil pemeriksaan di lima lokasi, sebanyak sembilan notis kompaun telah dikeluarkan terhadap empat kontraktor yang gagal mematuhi syarat dan kelulusan kerja di tapak operasi,” menurut kenyataan DBKL.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk gagal menyediakan lampu amaran jalan, tiada pengawal lalu lintas, menyebabkan gangguan saliran awam, kerosakan siar kaki, menutup laluan tanpa kebenaran serta menggunakan lori tanpa permit mengangkut bahan binaan.

Tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

DBKL memaklumkan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan pematuhan syarat kerja oleh kontraktor sentiasa terjaga.

Related Posts

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

SUNGAI PETANI – Seorang wanita yang masih menyusukan bayi berusia empat bulan dicekup ketika melepaskan gian bersama tiga lagi individu di sebuah rumah di sini kelmarin. Suspek berusia 27 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan kekesalan terhadap insiden amang seksual songsang yang didakwa melibatkan seorang guru dan pelajar di sebuah sekolah agama di negeri itu. Exco Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat