Isu jalan di BSI perlu diselesaikan secara harmoni, berpandukan undang-undang

TAWAU – Isu penutupan jalan rizab di kawasan Bandar Sri Indah (BSI) – Ranggu (PR1MA) perlu diselesaikan secara harmoni melalui dialog dan berpandukan undang-undang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui.

Beliau berkata, semua pihak perlu bertenang dan tidak bertindak secara terburu-buru dan menyelesaikan isu berkenaan mengikut saluran undang-undang.

“Oleh itu perkara ini perlu dirujuk kepada Jabatan Tanah dan Ukur selain pihak berkenaan boleh mengadakan sesi dialog bersama yang berkaitan bagi memberi penjelasan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan atau salah faham.

“Saya mohon semua pihak ‘cool down’ dan kita selesaikan perkara ini secara baik kerana apa yang penting bukan siapa yang lebih suara besar, lebih banyak tapi ada satu garis panduan, rujuk an undang-undang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata demikian kepada media selepas diminta mengulas isu jalan rizab BSI-Ranggu pada Pesta Kaamatan Peringkat Tawau 2026, di Dewan Sri Tawau.

Mengenai Pesta Kaamatan, Su Fui berkata, ia mampu menarik lebih ramai pengunjung terutamanya golongan belia disamping menonjolkan keunikan Sabah yang merangkumi kepelbagaian agama, kebudayaan dan bangsa.

“Kita juga menggalakkan penganjuran pesta ini pada masa akan datang pada skala lebih besar atau bertaraf antarabangsa kerana ia banyak manfaat.

“Ini juga penting kerana jika generasi muda tidak berminat, agak sukar untuk kita mempertahankan dan meneruskan penganjuran pesta seperti ini pada masa hadapan,” jelasnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan