Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan serta urusan harian mereka.

Rata-rata penduduk yang ditemui mendakwa, pembukaan laluan itu diyakini memudahkan ribuan penduduk akses ke dua-dua kawasan sekali gus turut menyokong pertumbuhan ekonomi peniaga tempatan di Bandar Sri Indah.

Seorang penduduk, Mariam Saad, 40, berkata, pembukaan jalan tersebut amat penting bagi memudahkan urusan harian penduduk, khususnya ketika melibatkan situasi kecemasan seperti anak demam yang memerlukan rawatan segera.

“Kawasan Batu 10 di Bandar Sri Indah mempunyai beberapa klinik yang menjadi tumpuan penduduk, selain kemudahan pasar tamu yang diadakan setiap minggu untuk mendapatkan bekalan makanan harian.

“Laluan alternatif memang ada di Jalan Baradaya tapi agak gelap, kurang selamat terutama pada waktu malam dan jauh untuk berpusing,” katanya kepada media pada Himpunan Awam Rizab Jalan kawasan PR1MA Ranggu-BSI, pada Ahad.

Sementara itu, Redwanshah Apsal, 36, turut senada sekali gus berkongsi satu kejadian yang berlaku di kawasan tersebut sebagai contoh keperluan mendesak pembukaan jalan terbabit.

“Salah satu yang terjadi di depan mata kami iaitu jiran saya mengalami strok ringan meninggal dunia beberapa bulan lalu sekitar jam 12 tengah malam.

“Bukan kita mahu menyalahkan pihak ambulans atau hospital kerana laluan yang terpaksa digunakan terlalu jauh dan perlu berpusing dari Batu 8 untuk ke PR1MA Ranggu.

“Kalau menggunakan laluan ini mungkin masa dipendekkan dan hal kecemasan membabitkan warga emas mahupun sesiapa sahaja dapat diatasi sebaiknya,” jelasnya.

Bagi Shafie Hassan, 35, dia berharap agar wakil rakyat dapat memainkan peranan sebagai orang tengah dengan turun padang bagi membantu mencari penyelesaian melibatkan semua pihak berkaitan termasuk jabatan dan agensi kerajaan serta pihak pemaju.

“Kita mengundi wakil rakyat untuk menjadi suara kami. Jadi kami harap mereka dapat menyuarakan hak rakyat ini, khususnya berkaitan pembukaan jalan rizab yang merupakan kegunaan awam, bukan hanya untuk penduduk Ranggu tetapi untuk semua.

“Laluan ini juga memudahkan pengguna ke luar daerah seperti Lahad Datu untuk mendapatkan akses yang lebih dekat dan selamat berbanding laluan sedia ada (Jalan Baradaya) yang gelap serta jauh dan membimbangkan untuk wanita terutama ibu mengandung.

“Warga BSI pun senang untuk jenguk keluarga yang terdekat, kita pun senang untuk jenguk keluarga kita yang berada di BSI, jadi kita tidak mahu ada provokasi lagi,” tambahnya.

Muhyidin Pungke, 37, pula berpendapat pembukaan rizab jalan itu menjimatkan kos pergerakan dan memendekkan masa perjalanan dari kedua-dua arah (Ranggu-BSI).

“Untuk bergerak dari rumah untuk ke jalan utama, kami terpaksa menanggung kos yang tinggi berbanding jika jalan ini dibuka, kami berdekatan dengan jalan utama.

“Selama ini kami terpaksalah melalui jalan lebih kurang setengah jam untuk ke jalan utama, tapi sekiranya jalan ini dibuka, kami dapat berhubung ke jalan utama dalam masa 10 atau 15 minit,” kongsinya.

Related Posts

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

KUANTAN – Larangan menghina sahabat Nabi SAW adalah jelas seperti dinyatakan dalam hadis sahih. Perbuatan seumpama itu tidak boleh hanya boleh diselesaikan dengan permohonan maaf semata-mata, bahkan tindakan tegas mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar