Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020 di laluan menghubungkan Bandar Sri Indah – PR1MA Ranggu.

Wakil orang awam, Vincent Ong berkata, sekiranya pihak pemaju terus berdiam diri, dia bersedia mengambil inisiatif sendiri termasuk menggunakan dana peribadi untuk membuat jalan tersebut.

“Saya boleh buat jalan ini untuk dilalui kenderaan kecil tetapi saya tak boleh menjamin atau menghalang apa-apa jenis kereta limpas melalui kawasan sini.

“Kalau pihak pemaju ingin membuka jalan menggunakan dana mereka, mereka boleh hadkan saiz kenderaan memasuki kawasan ini.

“Tetapi kita akan mohon pemaju mengehadkan sekurangnya sebesar saiz jentera bomba supaya kenderaan pihak berkuasa termasuk ambulan boleh masuk selain untuk keselamatan semua penduduk, ” katanya kepada media dalam Himpunan Aman di Rizab Jalan kawasan PR1MA Ranggu – BSI, pada Ahad.

Menurut Vincent, isu ini bukan perkara baharu, sebaliknya berlarutan sejak beberapa tahun tanpa tindakan konkrit daripada pihak pemaju walaupun wujud dokumen rasmi berkaitan kebenaran pembukaan laluan tersebut.

“Berdasarkan surat daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) serta Majlis Perbandaran Tawau (MPT), kawasan berkenaan merupakan rizab jalan yang dibenarkan dibuka kepada orang awam selepas siap dibina.

“Setakat ini tiada sebarang surat bantahan dikeluarkan sejak tahun 2019 hingga kini, sekali gus menunjukkan bahawa dokumen berkenaan masih sah dan boleh diguna pakai.

“Sekiranya terdapat bantahan sepanjang tempoh enam tahun tersebut, kemungkinan besar surat itu sudah tidak lagi relevan berikutan sebarang perubahan atau keputusan baharu,” ujarnya.

Mengulas mengenai tindakannya dan beberapa individu berpakaian hitam membuka laluan rizab itu minggu lalu, dia berkata, sebelum kejadian berlaku, pihaknya telah membuat laporan polis sebagai langkah awal pada 7 Mei pukul 11.56 malam.

“Saya memaklumkan kepada pihak PDRM Sri Indah yang kami akan membuka jalan rizab tersebut pada keesokan hari dan laporan itu turut disertakan dengan dokumen sokongan iaitu surat JTU dan MPT sebagai bukti pemakluman rasmi kepada pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, hanya beberapa jam membuka jalan, mereka menutup semula laluan itu dan menimbulkan risiko kepada pengguna jalan raya, khususnya mereka yang tidak mengetahui keadaan semasa di lokasi berkenaan,” jelasnya.

Justeru, dia berharap agar perkara agar tindakannya tidak disalah tafsir sebagai pencerobohan, sebaliknya dilihat sebagai usaha orang awam demi keperluan komuniti dan kepentingan bersama.

Related Posts

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

KUANTAN – Larangan menghina sahabat Nabi SAW adalah jelas seperti dinyatakan dalam hadis sahih. Perbuatan seumpama itu tidak boleh hanya boleh diselesaikan dengan permohonan maaf semata-mata, bahkan tindakan tegas mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar