Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

KUANTAN – Khusus bagi mereka yang bakal melakukan ibadah korban, terdapat beberapa pantang larang tertentu sewajarnya tidak dilakukan sementara menunggu hari berkenaan.

Antaranya termasuk tidak boleh memotong kuku, rambut mahupun bulu yang terdapat pada badan apabila masuknya 1 Zulhijah, hingga haiwan korban masing-masing disembelih sepanjang empat hari Aidiladha.

Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah bagaimanapun mengingatkan perkara itu bukanlah bersifat larangan secara mutlak hingga membawa hukum haram, tetapi peserta ibadah korban disunatkan berbuat sebegitu.

“Ia termasuk bulu-bulu yang ada pada muka seperti misai dan jambang serta badan seperti bulu kaki dan sebagainya,” katanya kepada The Malaysia Press.

Fakta itu dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah SAW bermaksud “Sesiapa yang memiliki haiwan korban untuk disembelih, apabila kelihatan anak bulan Zulhijah, maka janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Bagi mereka yang memotong kuku atau rambut pada tempoh berkenaan, Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyatakan, makruh berbuat demikian.

“Makruh dimaksudkan adalah makruh tanzih iaitu perbuatan terlarang tanpa dosa yang menyalahi adab dan lebih baik ditinggalkan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Irshadi memaklumkan semua tegahan itu ada alasannya.

Ini kerana Imam An-Nawawi menyatakan, ia supaya segala anggota badan kita itu akan bebas daripada api neraka.

“Sebab itulah apabila kita berniat korban dan dalam tempoh berkenaan, peliharalah seluruh tubuh kita dengan sebaiknya.

“Andai kata ada bulu tercabut, tidak perlu sampai kita kena menyimpannya. Perkara itu di luar kemampuan kita dan bukan disengajakan. Maka ia dimaafkan.

“Namun janganlah kita buat ibadah korban sehingga menyusahkan diri sendiri (simpan kuku atau bulu tercabut sehingga haiwan korban kita disembelih). Cukuplah kita jaga sekadar termampu.

“Orang yang melakukan ibadah korban turut dilarang mengupah daging korban kepada tukang sembelih.

“Jika mereka hendak beri upah pun, biarlah mereka menggunakan duit yang lain, bukannya daripada daging korban.

“Bagaimanapun, tukang sembelih tadi boleh mengambil daging korban tersebut asalkan ia bukan disebabkan kerana upah, tetapi atas dasar dirinya adalah ahli kariah yang sememangnya termasuk sebagai antara penerima agihan daging korban berkenaan secara adil,” jelasnya lagi.

Dalam agihan daging korban pula, tambah beliau, sebaik-baiknya satu pertiga diambil oleh individu yang menyertai ibadah tersebut, manakala bakinya satu pertiga lagi masing-masing perlu dipastikan sampai kepada fakir miskin atau orang ramai secara adil.

“Selain itu, kita disunatkan menggunakan pisau tajam ketika menyembelih haiwan korban dan tidak menakut-nakutkan binatang dengan menunjukkan bilah tajam berkenaan.

“Mereka yang berniat melakukan ibadah korban turut disunatkan berpuasa bermula 1 hingga 9 Zulhijah terutamanya pada hari Arafah (9 Zulhijah).

“Detik itu adalah masa yang baik dan mustajab berdoa, lebih-lebih lagi bagi individu yang berpuasa pada hari berkenaan.

“Selain itu, banyakkan bertasbih, bertahmid, bertakbir, memuji Allah SWT dan bersedekah di samping tidak melakukan maksiat,” ujarnya.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar