SPM bukan penentu mutlak masa depan – Ahmad Fadhli suntik semangat pelajar Sri Gading

SRI GADING – Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Kesihatan, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda menegaskan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah penentu mutlak kejayaan seseorang dalam kehidupan.

Beliau berkata demikian ketika bersama pelajar dalam Program Hari Kecemerlangan SPM Parlimen Sri Gading yang berlangsung pada Sabtu di Dewan Haji Aminolhuda, Parit Yaani dengan pengisian slot motivasi bagi memberi suntikan semangat kepada calon dan pelajar lepasan SPM.

Menurut beliau, setiap individu mempunyai perjalanan hidup tersendiri dan tidak semua perancangan akan berlaku seperti yang diharapkan, namun setiap pengalaman pasti mempunyai hikmah tersendiri.

“Saya sendiri dahulu menyimpan impian untuk menjadi doktor kerana yakin mampu memperoleh keputusan straight A. Namun saya mendapat 9A dan 2B sebelum akhirnya melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang,” katanya.

Tambah beliau, pengalaman tersebut mengajar bahawa kejayaan tidak hanya bergantung kepada satu keputusan peperiksaan semata-mata, sebaliknya ditentukan oleh usaha berterusan dan kesungguhan dalam meneruskan kehidupan.

Dalam program sama, Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan atau lebih dikenali sebagai YB Cikgu Huda turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang hampir 30 tahun bergelar pendidik.

Beliau menekankan bahawa pendidikan sentiasa menjadi keutamaan walaupun kini aktif dalam dunia politik, khususnya dalam membantu anak-anak yatim dan keluarga kurang berkemampuan meneruskan pelajaran demi masa depan lebih baik.

Sementara itu, Ahmad Fadhli turut memuji pencapaian akademik daerah Sri Gading yang disifatkan sebagai antara kawasan mencatat keputusan SPM terbaik di Johor.

Beliau berharap budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar di kawasan itu dapat terus diperkasakan bagi melahirkan lebih ramai generasi muda berilmu dan berdaya saing.

Pada masa sama, beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang serta menitipkan kata-kata semangat kepada mereka yang kurang berjaya agar tidak berputus asa.

“Keputusan peperiksaan bukan penentu mutlak masa depan seseorang. Yang penting ialah semangat untuk terus bangkit dan berusaha mencapai impian,” katanya.

Related Posts

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kes khalwat membabitkan seorang figura awam di daerah Petaling, pada Khamis. Pengarah JAIS, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

TEMERLOH – Seramai 14 individu ditahan manakala 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu besar-besaran di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur, malam tadi. Operasi yang dijalankan dari jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis