Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

ISKANDAR PUTERI – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkesempatan menghadiri program Sembang Santai bersama ahli dan pimpinan Amanah kawasan Iskandar Puteri yang berlangsung di Restoran Al-Safa, Taman Universiti, petang Sabtu.

Program santai yang diadakan dalam suasana mesra dan harmoni itu menjadi platform penting bagi sesi pertemuan dua hala antara pimpinan dan akar umbi, selain membuka ruang perbincangan pelbagai isu semasa, perkongsian idea serta pandangan dalam kalangan ahli parti.

Menurut Mujahid, pendekatan sebegini amat penting dalam usaha memperkukuh ukhuwah serta menyuburkan budaya politik yang matang, sederhana dan berteraskan nilai rahmah, selaras dengan kehendak masyarakat semasa yang inginkan politik lebih sihat dan membina.

“Program seperti ini menjadi ruang penting untuk kita mendengar denyut nadi akar umbi serta memperkukuh hubungan antara pimpinan dan ahli di peringkat kawasan,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Johor, Sr Dzulkefly Ahmad yang bersama-sama memeriahkan sesi pertemuan berkenaan.

Mujahid dalam masa sama merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Amanah Iskandar Puteri atas sambutan mesra yang diberikan, selain berharap kebersamaan tersebut dapat terus memperkukuh gerak kerja parti demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Program berkenaan dilihat sebagai antara usaha berterusan Amanah dalam mendekati masyarakat serta memperkukuh hubungan antara pimpinan dan akar umbi di peringkat kawasan.

Related Posts

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

PULAI – Pengumuman Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dilihat memberi isyarat jelas bahawa landskap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

BESUT – Timbalan Pengerusi Ulama UMNO, Dr Khairuddin Aman Razali menyeru satu gelombang pembaharuan politik nasional menerusi agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” yang menekankan politik berintegriti, berakhlak dan berteraskan perpaduan ummah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok

Kerajaan MADANI perkasa pendidikan, utamakan ilmu dan nilai kemanusiaan

Kerajaan MADANI perkasa pendidikan, utamakan ilmu dan nilai kemanusiaan