Kerajaan cadang bina lagi MRSM buat anak anggota ATM – Zahid

KLUANG – Kerajaan berhasrat untuk membina sebuah lagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) khusus untuk anak pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapatkan pendidikan di maktab itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, tambahan sebuah lagi MRSM itu bakal menjadikan keseluruhan 58 buah MRSM di seluruh negara.

“Kini terdapat 57 MRSM dan salah satu maktab itu terlatak di Kem Terendak, Melaka khusus untuk anak-anak pegawai dan anggota ATM dan tambahan ini adalah MRSM kedua untuk anak-anak mereka.

“Kita akan berbincang dengan pihak Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Menteri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di mana lokasi sesuai dan adakah akan menggunakan MRSM yang sudah dibina tetapi belum beroperasi atau pembinaan baharu yang agak panjang mengambil masa sehingga 48 bulan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Kem Mahkota, pada Khamis.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, apabila pembinaan MRSM itu siap, ia akan turut melaksanakan program Ulul Albab di samping tidak mengenepikan bidang akademik pilihan mereka.

Ujar Zahid, usaha itu harus diteruskan kerana berdasarkan peperiksaan, pelajar yang mengikuti pengajian Ulul Albab mendapat keputusan yang lebih cemerlang.

Terdahulu dalam ucapan di hadapan pegawai dan anggota ATM Kem Mahkota, Zahid berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan membiayai sebarang penyelenggaraan di MRSM Terendak mulai 2025 selepas ia dibiaya oleh Mindef sendiri sebelum ini.

Sementara itu mengenai cadangan Mindef untuk menawarkan program pengajian berasaskan pekerjaan WBL kepada semua anggota ATM bagi memastikan mereka tamat perkhidmatan dengan kelayakan lebih tinggi, Ahmad Zahid berkata, UniKL juga bersedia menawarkan pengajian tersebut.

“UniKL juga akan mengambil dan mengiktiraf kelulusan daripada anggota ATM ini,” katanya.

Sebelum ini hanya dua buah universiti awam telah bersetuju untuk menawarkan 10 program pengajian iaitu UiTM dan UTHM.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar