PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

KOTA KINABALU – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah menafikan satu siaran langsung yang menggunakan halaman Facebook ‘PKR Sabah’ sebagai kenyataan rasmi parti di peringkat negeri.

‎Menurut kenyataan media dikeluarkan Pengarah Komunikasi MPN PKR Sabah, Guntur Sangkar, siaran bertajuk ‘Pengumuman Hala Tuju Politik Rafizi Ramli & Nik Nazmi Ahmad’ itu tidak mewakili pendirian rasmi kepimpinan negeri parti berkenaan.

‎“Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah ingin menegaskan bahawa siaran tersebut bukan kenyataan rasmi MPN PKR Sabah dan tidak mewakili pendirian rasmi kepimpinan negeri.

‎“Siaran tersebut juga tidak dibincang atau diputuskan dalam mana-mana mesyuarat rasmi MPN PKR Sabah,” katanya.

‎Kenyataan itu dimuat naik pada Ahad menerusi laman media sosial rasmi Penerangan PKR Sabah.

‎Dalam pada itu, beliau berkata, PKR Sabah menghormati hak serta pandangan semua pihak dalam parti, namun sebarang pendirian rasmi organisasi negeri hanya akan disampaikan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepimpinan negeri atau wakil diberi mandat.

‎Tambahnya, PKR Sabah kekal komited memperkukuh parti selain memastikan kestabilan organisasi terus terpelihara.

‎“PKR Sabah akan terus memberi fokus kepada agenda perjuangan serta kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

‎Terdahulu, kemelut dalaman PKR Sabah dilihat semakin ketara selepas pemilihan parti 2025 apabila beberapa cabang dan pimpinan negeri dipercayai mempunyai pendirian berbeza berhubung hala tuju politik Datuk Seri Rafizi Ramli, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kewujudan kelompok tertentu dalam parti di negeri ini.

  • Related Posts

    Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

    PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

    PUTRAJAYA – Mekanisme seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar diwujudkan menerusi Akta Sabotaj Ekonomi Negara bagi mempercepat proses siasatan dan tindakan terhadap pihak yang terbabit rasuah, salah guna kuasa…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

    Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

    Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

    Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

    e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

    e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

    Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

    Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

    Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

    Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

    Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

    Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri