Program Outreach Sejahtera MADANI bantu belia eKasih bina masa depan cerah

MERSING – Kerajaan MADANI terus komited dalam usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat menerusi pelaksanaan Program Outreach di bawah Inisiatif Sejahtera MADANI.

Program berkenaan dihadiri Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Dr Haji Mohd Khalid Abdul Samad bersama beberapa tetamu jemputan antaranya Jamil Hasni Abdullah, Mohd Akmar Ali, Azmi Liman serta Mohd Hafiz Mansor.

Dr Mohd Khalid berkata, program berkenaan merupakan siri ketujuh anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Negeri Johor yang memberi fokus kepada peluang pendidikan, latihan kemahiran, kerjaya serta bantuan meningkatkan pendapatan khususnya kepada penerima eKasih dan keluarga yang memerlukan.

Menurut beliau, program itu menjadi platform penting dalam memastikan golongan belia daripada keluarga eKasih tidak tercicir daripada peluang melanjutkan pelajaran dan memperoleh pekerjaan yang lebih baik demi mengubah nasib keluarga masing-masing.

“Objektif utama program ini adalah untuk membuka lebih banyak peluang kepada golongan sasar agar mereka mampu keluar daripada kepompong kemiskinan sekali gus menyokong usaha Kerajaan MADANI dalam mensifarkan kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Outreach Inisiatif Sejahtera MADANI ICU JPM Negeri Johor Tahun 2026 bagi daerah Mersing di Dewan Serbaguna Tok Mior, Kampung Air Tawar, Endau.

Tambah beliau, berdasarkan data terkini, terdapat seramai 381 isi rumah berstatus miskin di daerah Mersing yang memerlukan perhatian serta sokongan berterusan daripada kerajaan dan agensi berkaitan.

Beliau turut berharap program outreach seumpama itu dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa akan datang demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela serta peluang pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh masyarakat.

Related Posts

JaPen Sabah santuni rakyat, bawa perkhidmatan kerajaan ke Kg Talungan

INANAM – Walaupun Kampung (Kg) Talungan terletak kurang sejam dari Kota Kinabalu, masih terdapat beberapa keperluan dan kemudahan yang perlu dibawa bagi memudahkan penduduk mendapatkan perkhidmatan daripada jabatan kerajaan. Menyedari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan Kg Talungan akan dibaik pulih dengan peruntukan RM100,000

INANAM – Penduduk Kampung (Kg) Talungan bakal menikmati kemudahan dewan yang lebih selesa selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JaPen Sabah santuni rakyat, bawa perkhidmatan kerajaan ke Kg Talungan

JaPen Sabah santuni rakyat, bawa perkhidmatan kerajaan ke Kg Talungan

Dewan Kg Talungan akan dibaik pulih dengan peruntukan RM100,000

Dewan Kg Talungan akan dibaik pulih dengan peruntukan RM100,000

12 inisiatif baharu sempena Hari Guru, perkasa kebajikan dan digitalisasi pendidikan

12 inisiatif baharu sempena Hari Guru, perkasa kebajikan dan digitalisasi pendidikan

KAWAN ‘front liner’ perjelas dasar, tingkat keyakinan pada kerajaan

KAWAN ‘front liner’ perjelas dasar, tingkat keyakinan pada kerajaan

Naratif UEC, tahfiz telah disongsangkan dengan politik kebencian terhadap kerajaan

Naratif UEC, tahfiz telah disongsangkan dengan politik kebencian terhadap kerajaan

Sektor kesihatan Sarawak harap peruntukan Persekutuan terus diperkukuh – Dr Sim

Sektor kesihatan Sarawak harap peruntukan Persekutuan terus diperkukuh – Dr Sim