MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B

SIBU – Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) komited untuk terus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan penduduk di Sibu Jaya yang semakin pesat membangun.

Pengerusinya, Sempurai Petrus Ngelai berkata, perkembangan kawasan tersebut sejak sedekad lalu menuntut kepada sistem penyampaian yang lebih cekap, sistematik dan berkualiti.

Menurut beliau, peningkatan populasi, pertumbuhan sektor perniagaan serta pembangunan kawasan perumahan di Sibu Jaya memerlukan komitmen berterusan daripada semua pihak bagi memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

“Kami komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di sini.

“Pada masa sama, kerjasama erat dengan pelbagai agensi seperti polis, bomba dan pihak pemaju iaitu Sibu Jaya Amcorp akan terus diperkasakan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Makan Malam Pra Gawai 2026 anjuran Amcorp Sibu Jaya Sdn Bhd di Pusat Belia Sibu Jaya, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Sempurai menegaskan sinergi antara agensi kerajaan, pihak swasta dengan masyarakat amat penting dalam memastikan setiap perancangan pembangunan serta penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh.

Menyentuh berkenaan penganjuran majlis tersebut, beliau menyifatkannya sebagai platform terbaik untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sibu Jaya.

“Sambutan perayaan yang diraikan bersama-sama ini mencerminkan semangat keharmonian dan kebersamaan yang terus utuh dalam kalangan masyarakat setempat,” jelasnya.

Turut hadir, Setiausaha MDLBS, Ng Siang Wei; Ketua Balai Polis Sibu Jaya, Labang Manggie; Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya, Omar Ali Saifuddin dan Pengurus Kanan Amcorp Sibu Jaya Sdn Bhd, Nur Baiti Bahar.

  • Related Posts

    Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

    KUANTAN – Mesyuarat penyelarasan program Gerakan Setia UMNO peringkat FELDA Jengka 24, Jerantut, diadakan malam tadi. Program itu akan diadakan pada 30 Mei ini, bertujuan membina momentum awal dan memberi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

    LIMBANG – Cakna dengan tahap kesihatan anggota, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang mengambil inisiatif proaktif menganjurkan Program Saringan Kesihatan sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 pada Jumaat bagi memupuk kesedaran…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

    Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

    Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

    Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

    MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

    MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

    Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

    Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

    Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

    Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

    Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

    Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia