MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP).

Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, pelan tersebut dilaksanakan bag meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan serta mengurangkan kesesakan kontena dan kapal.

“Antara lapan pelan tindakan interim yang diluluskan pada 4 Februari 2026 ialah usaha menyediakan kawasan tambahan seluas 14 ekar bagi meningkatkan kapasiti penyimpanan kontena.

“Selain itu, pelaksanaan tarif baharu dan pengurangkan tempoh simpanan percuma kontena semasa musim puncak dikurangkan daripada lima hari kepada tiga hari.

“Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) juga sedang menyelaras Prosedur Operasi Standard (SOP) pelupusan dan pelelongan kontena lebih tempoh, termasuk kontena melebihi 21 hari dan barangan mudah rosak lebih 24 jam,” ujarnya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ewon berkata, bagi meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan, semua agensi kerajaan berkaitan telah bersetuju dan menyokong pelaksanaan operasi 24 jam pada mana-mana hari termasuk cuti am.

“Bagi penyelesaian jangka panjang, LPPS turut mengemukakan permohonan rasmi kepada Kastam agar waktu pemeriksaan dan pelepasan kargo dijalankan sepenuhnya secara 24 jam setiap hari di SBCP.

“Sementara itu, pelaksanaan Vehicle Booking System (VBS) juga telah diwajibkan kepada semua pengendali lori bermula 1 April 2026.

“Sistem ini bertujuan mengawal kemasukan lori secara berjadual bagi mengurangkan kesesakan di pintu masuk pelabuhan.

“Sistem ini dilaksanakan tanpa sebarang caj dan dijangka akan memberi impak yang signifikan apabila digunakan sepenuhnya oleh semua pengendali lori,” kongsinya.

Tambahnya lagi, pihak operator pelabuhan DPW Sabah juga sedang mengambil langkah proaktif untuk menaiktaraf peralatan pengendali kontena seperti Reach Stackers, Internal Transfer Vehicles (ITVs) dan Rubber Tyred Gantry Crane (RTG).

Ewon berkata, pihak KKIP juga sedang menyiapkan tapak parkir trailer di KKIP bagi membantu melancarkan pergerakan trailer dan kontena semasa waktu off-peak hours.

“Kemudahan ini akan membolehkan lori meletakkan kenderaan semalaman dan seterusnya mengurangkan kesesakan di kawasan pelabuhan,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, Jemaah Menteri pada 13 Mei 2026 meluluskan dua inisiatif baharu bagi mengurangkan kesesakan di SBCP, iaitu pemindahan sementara operasi RORO ke Pelabuhan Kota Kinabalu bermula 15 Mei serta pelaksanaan Berthing Window Programme pada 22 Mei.

“Langkah pemindahan operasi RORO dijangka meningkatkan kapasiti pemunggahan kontena sebanyak 20 peratus, manakala program penjadualan kapal oleh DPW Sabah pula bertujuan melancarkan proses kapal berlabuh dan mengurangkan kesesakan di perairan,” ujarnya.

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

SIBU – Dua lokasi tumpuan awam kini dilengkapi dengan peranti pengejut jantung luaran automatik (AED), masing-masing ditempatkan di Pasar Sementara Jalan Tiong Hua dan Pasar Sentral Sibu bagi meningkatkan kesiapsiagaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital