Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

LIMBANG – Cakna dengan tahap kesihatan anggota, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang mengambil inisiatif proaktif menganjurkan Program Saringan Kesihatan sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 pada Jumaat bagi memupuk kesedaran amalan gaya hidup sihat.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, program yang diadakan di Ruang Pejabat Trafik IPD Limbang itu bertujuan memastikan warga polis sentiasa menitikberatkan penjagaan kesihatan diri dari semasa ke semasa.

Menurutnya, saringan tersebut amat penting sebagai langkah pencegahan bagi mengesan simptom awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan kolesterol.

“Melalui program seperti ini, anggota dan pegawai dapat mengetahui tahap kesihatan masing-masing dan seterusnya mengambil langkah pencegahan awal bagi menjaga kesejahteraan diri.

“Kesihatan yang optimum amat penting bagi memastikan setiap warga polis dapat menjalankan penugasan dengan lebih efektif dan berintegriti,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang, DSP Peter Jumat bersama pegawai kanan, pegawai rendah polis serta pegawai awam IPD Limbang. Program berkenaan diselaraskan oleh Asisten Superintendan Richard Phung Kui Fah.

Mengulas lanjut, Parum berkata, antara pemeriksaan yang dijalankan bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi itu termasuk ujian tahap gula dalam darah, tekanan darah, kolesterol dan Indeks Jisim Badan (BMI).

Jelas beliau, pemantauan kesihatan itu berjaya memberi manfaat besar apabila 31 peserta menerima konsultasi kesihatan bersama pegawai perubatan, manakala 15 warga IPD dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan susulan.

Tambahnya, program yang mendapat sambutan menggalakkan itu adalah selaras dengan hala tuju IPD Limbang Tahun 2026 menerusi Strategi Catalise di bawah inisiatif Pembangunan Modal Insan (Human Capital) bagi memantapkan kualiti anggota pasukan keselamatan itu.

Related Posts

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

KUANTAN – Mesyuarat penyelarasan program Gerakan Setia UMNO peringkat FELDA Jengka 24, Jerantut, diadakan malam tadi. Program itu akan diadakan pada 30 Mei ini, bertujuan membina momentum awal dan memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B SIBU – Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) komited untuk terus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan penduduk di Sibu Jaya yang semakin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia