Maklumat dikekalkan, MyKad baharu tidak jejaskan penyaluran bantuan kerajaan – JPN

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pelaksanaan MyKad dengan struktur baharu yang akan diperkenalkan mulai bulan depan tidak akan menjejaskan urusan penyaluran bantuan kerajaan kepada rakyat.

JPN berkata, dakwaan bahawa pengenalan kad pengenalan baharu itu boleh menyebabkan bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dihentikan adalah tidak benar.

Menurut jabatan itu, semua maklumat penerima bantuan sedia ada akan terus dikekalkan dalam sistem dan proses pertukaran kepada MyKad baharu akan dilaksanakan secara teratur tanpa menjejaskan kelayakan penerima.

“Kenyataan yang dikeluarkan ini bagi menjawab kegusaran segelintir pihak mengenai kemungkinan gangguan teknikal atau keciciran nama daripada senarai penerima bantuan susulan pelancaran MyKad struktur baharu pada Jun ini.

“JPN menjalin kerjasama erat dengan pelbagai kementerian dan agensi penyalur bantuan bagi memastikan integriti data yang disalurkan tetap kekal lancar dan utuh.

“Proses migrasi maklumat akan berlaku secara automatik dalam sistem pangkalan data pusat, sekali gus memastikan bantuan akan diterima kepada penerima yang layak,” katanya dalam kenyataan.

JPN berkata, pengenalan MyKad struktur baharu itu turut melibatkan penambahbaikan aspek keselamatan bagi memperkukuh proses pengesahan identiti pengguna.

Katanya, sistem baharu berkenaan masih serasi dengan platform sedia ada yang digunakan untuk pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan.

“Fokus utama JPN untuk meningkatkan keselamatan identiti rakyat dan tidak menyukarkan rakyat untuk menerima bantuan kerajaan yang diberikan.

“Rakyat dinasihatkan tidak terpedaya dengan khabar angin atau maklumat palsu yang mendakwa bantuan akan dihentikan jika kad tidak ditukar dengan segera.

“Proses penukaran akan dilaksanakan secara berfasa dan makluman terperinci mengenai tatacara permohonan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula