Ketua Pemuda Pas perlu bertaubat!

KETUA Pemuda Pas, Afnan Hamimi perlu bertaubat susulan melontarkan tuduhan Qazaf mengaitkan perbuatan liwat tanpa bukti terhadap pemimpin kerajaan pada Muktamar Tahunan parti itu minggu lalu.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Seri Dr Khairuddin Aman Razali, berkata, apa-apa sabitan kes di mahkamah sivil tidak menghalalkan seseorang membuat tuduhan Qazaf kerana zina atau pun liwat.

Malah, Khairuddin turut membidas Pas yang telah ‘menghalalkan’ ucapan sedemikian dalam majlis itu yang tidak melambangkan parti itu sebuah parti yang memperjuangkan hukum hudud.

“Ketua Pemuda Pas perlu bertaubat. Amat malang apabila tuduhan Qazaf sewenangnya dilontarkan dalam ucapan di muktamar parti Islam yang memperjuangkan hukum hudud di hadapan ribuan khalayak peserta muktamar yang berkopiah dan berjubah termasuk di hadapan mereka yang digelar ulama.

“Kalau hukum hudud pun dilanggar, apakah diharap hudud diperjuangkan atau ia sekadar slogan politik untuk meraih undi sebagaimana perkahwinan rentas kaum juga dicadangkan untuk tujuan meraih undi? Sangat jauh tersasar parti Islam ini.

“Apa-apa sabitan kes di mahkamah sivil tidak menghalalkan seseorang membuat tuduhan Qazaf kerana zina dan liwat dalam Islam tetap memerlukan 4 saksi.

“Sesiapa yang membuat tuduhan Qazaf ia merupakan dosa besar. “Pelaku Qazaf mesti disebat 80 rotan, kesaksiannya tidak boleh diterima selama-lamanya. Dia adalah orang fasik,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, tular klip video ucapan Afnan dalam Muktamar Tahunan Pas ketika berucap yang dilihat menyentuh kepimpinan kerajaan Madani.

“Kami bukan penjenayah macam kamu yang ada 47 kes, kami bukan bekas banduan yang dijatuhkan hukuman meliwat orang,” katanya yang disambut takbir oleh para perwakilan.

Meskipun tidak menyebut nama, ucapan Afnan dipercayai merujuk kepada pemimpin utama kerajaan.

Related Posts

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

PUTRAJAYA  – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak. Bahagian Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0