Komuniti Benut perkasa gaya hidup sihat melalui Program Skuad Antidadah 3S

PONTIAN – Program Skuad Antidadah (3S – Senyum, Sihat, Senam) “Jom Aktif, Komuniti Sihat” berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam usaha memperkukuh kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah menerusi pendekatan gaya hidup sihat dan aktiviti komuniti.

Program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pontian dengan kerjasama Jawatankuasa Skuad Antidadah Daerah Pontian itu berlangsung di Dewan Terbuka Taman Dato Hajjah Fatimah Salim, Benut.

Inisiatif berkenaan bertujuan membudayakan kehidupan sihat dalam kalangan masyarakat di samping memperkukuh usaha pencegahan awal penyalahgunaan dadah melalui penglibatan aktif komuniti dalam aktiviti sukan dan kemasyarakatan.

Program tersebut turut menjadi platform penyatuan masyarakat dengan menggabungkan elemen kesihatan, kesukanan dan interaksi sosial positif bagi melahirkan komuniti yang aktif, harmoni serta berdaya tahan terhadap ancaman gejala dadah.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk senamrobik, berjalan berinformasi di sekitar kawasan Taman Dato Hajjah Fatimah Salim, penyampaian Pesanan Antidadah (PESADA) serta pertandingan sukan komuniti.

Bagi kategori lelaki, acara yang dipertandingkan ialah tarik tali dan memancing udang lacak, manakala kategori wanita pula melibatkan pertandingan tarik tali wanita dan bowling kelapa. Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja menceriakan suasana komuniti malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta dan penduduk setempat.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Hj Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan konsep “6K” sebagai asas pembentukan masyarakat sejahtera dan bebas daripada gejala dadah.

Menurut beliau, enam elemen utama tersebut merangkumi Kawan Baik, Kejiranan, Kesihatan, Kerohanian, Kepimpinan dan Keusahawanan yang mampu memperkukuh ketahanan diri serta komuniti daripada pengaruh negatif.

Turut hadir ialah Mohd Faisal Maksom, Khairul Aqmal Mohamad Jahis, Qiatuddin Aliyuddin, Norazli Saleh, Bahrim Othman, Mohd Fahmi Ali serta Asmadi Bachok.

Program turut mendapat sokongan pelbagai agensi termasuk AADK, PDRM, KKM, KOSPEN, MAIJ dan JKM selain kehadiran pemimpin komuniti serta penduduk sekitar Taman Dato Hajjah Fatimah Salim, Benut.

Penganjuran program seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai pentingnya gaya hidup sihat, sokongan komuniti dan kerjasama berterusan dalam membanteras penyalahgunaan dadah demi kesejahteraan generasi akan datang.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok