Melaka bakal perkenal sistem QR Tagging ternakan pertama di Malaysia 

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka bakal mencipta sejarah apabila memperkenalkan sistem QR Tagging bagi ternakan sebagai usaha menangani isu haiwan berkeliaran yang sering menjadi aduan masyarakat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif berkenaan dilihat sebagai pendekatan baharu dan lebih sistematik dalam membantu pihak berkuasa mengenal pasti pemilik ternakan dengan lebih cepat dan tepat menerusi penggunaan kod QR khas pada haiwan.

Menurut Ab Rauf Yusoh, pelaksanaan sistem itu dijangka memberi manfaat besar khususnya dalam aspek pemantauan ternakan, penguatkuasaan undang-undang serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, isu ternakan berkeliaran terutama lembu dan kerbau sebelum ini sering mengundang kebimbangan penduduk kerana berpotensi menyebabkan kemalangan jalan raya selain menjejaskan ketenteraman awam di beberapa kawasan kampung.

“Menerusi sistem QR Tagging ini, setiap ternakan akan mempunyai identiti tersendiri yang mengandungi maklumat penting termasuk data pemilik dan lokasi penternakan bagi memudahkan tindakan susulan dilakukan pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Hang Tuah Jaya di Japerun Ayer Molek.

Tambah beliau, langkah menggunakan teknologi digital itu juga selari dengan usaha kerajaan negeri memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, moden dan mesra rakyat.

Selain membantu aspek pemantauan, sistem berkenaan turut dilihat mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan penternak supaya lebih bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan masing-masing.

Kerajaan negeri dijangka melancarkan sistem berkenaan secara rasmi dalam masa terdekat sebagai antara usaha memperkukuh keselamatan komuniti dan kesejahteraan rakyat.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak