KKM ambil langkah awal hadapi ancaman Hantavirus

CYBERJAYA – Malaysia dalam tahap kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi ancaman penularan jangkitan hantavirus walaupun tiada kes melibatkan rakyat negara ini direkodkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, pendekatan itu penting memandangkan cabaran kesihatan awam kini bersifat global dan tiada negara yang benar-benar selamat tanpa langkah berwaspada berterusan.

“Kita tidak mahu mencetuskan kebimbangan, tapi kita juga tidak mahu orang selesa dengan mengatakan ini semua berlaku di luar (negara),” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penutup National Tobacco Control Conference and Lung Health Summit 2026 di sini hari ini.

Dzulkefly berkata, Institut Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan mempunyai kapasiti menjalankan diagnosis melibatkan hantavirus menggunakan teknologi Polymerase Chain Reaction yang merupakan standard utama dalam pengesanan penyakit.

Selain itu, kawalan ketat di semua pintu masuk antarabangsa negara turut diperkasakan menerusi saringan kesihatan dan peningkatan tahap kesiapsiagaan di lapangan terbang, pelabuhan serta pintu masuk utama negara oleh Pejabat Kesihatan Pintu Masuk Antarabangsa.

Sebagai langkah pencegahan berterusan, Dzulkefly berkata, setakat ini, sebanyak 22,367 kapal dan bot diperiksa di pintu masuk Malaysia dengan 2,421 sijil pratique dan 1,146 Ship Sanitation Certificate dikeluarkan.

“Langkah ini dibuat berterusan untuk memastikan kapal yang masuk ke negara kita memenuhi dan mematuhi keperluan kesihatan awam dan sanitasi itu mustahak,” katanya.

Sijil pratique merujuk kepada kebenaran rasmi kesihatan dikeluarkan pihak berkuasa pelabuhan untuk membenarkan kapal memasuki pelabuhan, menurunkan penumpang dan beroperasi selepas disahkan tiada penyakit berjangkit di atas kapal.

Sebelum ini, Dzulkefly berkata, hantavirus ialah virus bawaan tikus yang boleh menjangkiti manusia melalui udara tercemar dengan sisa kotoran, air kencing atau air liur haiwan itu.

Related Posts

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang merangka tindakan jangka panjang bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi perubahan struktur demografi apabila negara dijangka menjadi negara sangat tua menjelang 2060.  Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

KUALA LUMPUR – Lapan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi, hari ini. Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), daripada lapan lokasi itu, empat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan