Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh

KOTA KINABALU – Keputusan Tamparuli mengadakan pilihan raya kampung secara serentak melibatkan 94 kampung disifatkan sebagai satu perkembangan penting ke arah memperkukuhkan tadbir urus akar umbi di Sabah.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, langkah tersebut bukan sekadar mencipta rekod baharu, tetapi mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat bahawa pentadbiran kampung perlu lebih tersusun, inklusif dan bertanggungjawab.

“Perkembangan ini selari dengan konsep “Kerajaan Desa” yang pernah dicadangkannya sebelum ini bagi memperkukuhkan sistem pentadbiran di peringkat komuniti.

“Malaysia ketika ini mempunyai tiga peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan, namun banyak isu harian yang memberi kesan langsung kepada rakyat sering terlepas pandang kerana proses membuat keputusan terlalu jauh daripada komuniti kampung.

“Kerajaan Desa perlu diiktiraf secara rasmi sebagai peringkat pentadbiran keempat dengan kuasa dan tanggungjawab yang lebih jelas,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Salleh yang juga Bendahari UMNO Sabah turut mencadangkan supaya satu Enakmen Kerajaan Desa diperkenalkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan bukan sekadar bergantung kepada aturan pentadbiran atau pelantikan politik semata-mata.

“Perundangan yang jelas akan memberikan kuasa, akauntabiliti dan kesinambungan kepada pentadbiran kampung, selain memastikan institusi kampung terus berfungsi secara berkesan walaupun berlaku perubahan politik.

“Antara komponen penting dalam cadangan tersebut ialah pelaksanaan pilihan raya kampung bagi membolehkan pemimpin dipilih secara langsung oleh penduduk.

“Pemimpin yang dipilih secara langsung akan mempunyai mandat yang lebih kukuh dan lebih bertanggungjawab kepada komuniti, bukan hanya kepada kepentingan politik tertentu,” katanya.

Tambah Salleh, pengalaman di Tamparuli membuktikan pilihan raya di peringkat kampung adalah sesuatu yang praktikal dan boleh dilaksanakan, malah mampu memperkukuhkan kerjasama, penyertaan masyarakat serta kematangan demokrasi di peringkat akar umbi.

“Kampung yang kuat akan melahirkan daerah yang kuat, negeri yang kuat dan akhirnya Malaysia yang lebih kuat,” katanya.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang