Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

KUANTAN – Cabaran ekonomi global dicetuskan konflik peperangan dan gangguan rantaian bekalan menuntut rakyat memiliki kefahaman jelas bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dengan manipulasi maklumat oleh pihak tertentu.

Menyedari tanggungjawab itu, PKR Cabang Kuantan menggerakkan barisan pimpinan ranting dan anggota mengambil bahagian program Hasrat MADANI anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Parlimen Kuantan.

Program membincangkan topik ‘Perang, Minyak dan Kos Sara Hidup’ itu menampilkan Faiz Ahmad sebagai panel jemputan bagi merungkai kaitan antara krisis geopolitik antarabangsa dan realiti ekonomi domestik.

Faiz ketika memberi ulasan berkaitan isu itu menekankan, meskipun dunia berhadapan dengan ketidaktentuan, Malaysia masih berada di landasan yang tepat.

Beliau menyentuh beberapa pencapaian utama Kerajaan MADANI seperti pertumbuhan ekonomi kekal positif dengan Malaysia masih bertahan secara kompetitif berbanding negara serantau melalui pengurusan krisis yang efisien.

“Kemasukan pelaburan juga tetap berlalu dan ini adalah hasil usaha berterusan dalam menarik pelabur asing bagi mengukuhkan struktur ekonomi negara.

“Selain itu langkah diambil kerajaan dalam mengawal inflasi berjalan dengan teratur melalui tindakan proaktif kerajaan dalam membendung kenaikan harga barang serta pelaksanaan inisiatif bantuan sara hidup bagi meringankan beban rakyat,” katanya.

Hadir sama dalam program itu adalah Pengarah JKOM Zon Timur, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani.

Sementara itu, Ketua PKR Cabang Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi dalam satu kenyataan menjelaskan, penganjuran program seumpama itu sangat kritikal bagi menepis naratif mengelirukan yang sering dimainkan demi kepentingan pihak yang mengamalkan politik sempit.

“Cabaran ekonomi global bukanlah masa untuk menanam benih kebencian politik. Sebaliknya, ini adalah waktu untuk kita memperkukuhkan kefahaman rakyat bagi memastikan setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan benar-benar sampai dan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Fakhrul Anuar turut merakamkan penghargaan kepada pihak JKOM Parlimen Kuantan atas penganjuran program yang bersifat informatif itu.

Katanya, kerjasama antara agensi kerajaan dan pimpinan akar umbi dilihat sebagai kunci utama dalam mengekalkan kestabilan negara serta memastikan rakyat mendapat maklumat yang sahih dan tepat.

Related Posts

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

SUNGGUH mengecewakan!Itulah ungkapan yang dilontarkan oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika mengadakan lawatan ke tapak Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan Bukit Selambau semalam. Kenyataan itu bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

TEBRAU – Kerajaan Negeri Johor digesa supaya segera menilai semula mekanisme agihan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 susulan dakwaan proses tuntutan yang menyukarkan penerima khususnya golongan warga emas. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah