Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

KULIM – Kerajaan Persekutuan dijangka perlu menambah kira-kira RM50 juta bagi menyelamatkan projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau yang terbengkalai selepas kontrak asal ditamatkan tahun lalu.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, projek bernilai hampir RM100 juta itu ketika ini hanya mencapai kemajuan sekitar 15 hingga 20 peratus sebelum kerja pembinaan dihentikan.

Katanya, Kerajaan Persekutuan kini mengambil alih pengurusan projek berkenaan termasuk proses pelantikan kontraktor penyelamat bagi memastikan projek itu dapat diteruskan.

“Bila kontrak ditamatkan, kita kena sahkan semula kedudukan projek dan buat lawatan tapak untuk cari jalan menyelamatkan projek ini.

“Kerajaan terpaksa menambah lagi sekitar RM50 juta kerana apabila projek gagal dilaksanakan seperti dirancang, kos tambahan memang tidak dapat dielakkan,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP), di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan ke tapak projek LRA Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau.

Akmal Nasrullah berkata, proses memulakan semula projek itu dijangka mengambil masa panjang termasuk urusan pelantikan kontraktor baharu dan kerja penyambungan semula di tapak.

“Jangkaan awal selepas proses pelantikan selesai, projek ini mungkin mengambil masa sekitar 30 bulan untuk dimulakan semula sepenuhnya.

“Projek ini bermula pada 2021, tetapi apabila berlaku kegagalan seperti sekarang, paling cepat pun mungkin tiga tahun lagi baru kita tahu sama ada ia dapat disiapkan sepenuhnya atau tidak,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, projek LRA Bukit Selambau yang kini berada pada tahap kemajuan kira-kira 51 peratus turut mengalami kelewatan berbanding jadual asal.

Katanya, peringatan sudah diberikan kepada kontraktor supaya meningkatkan kerja di tapak memandangkan rizab bekalan air di Kedah ketika ini berada pada tahap sifar peratus.

“Selagi projek ini tidak siap, cabaran bekalan air akan terus berlaku. Setiap kali kita turun, komitmen diberikan tetapi kita mahu lihat kesungguhan sebenar supaya projek ini dapat disiapkan seperti dijanjikan.

“Kalau berlaku kegagalan di Bukit Selambau, bebannya akan kembali kepada Kerajaan Persekutuan juga,” katanya.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung