BE2026 libatkan hampir 10,000 pertubuhan perniagaan di Perlis

KANGAR – Hampir 10,000 pertubuhan perniagaan di Perlis terlibat dalam pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE2026) yang sedang dijalankan di seluruh negara ketika ini.

Pelaksanaan banci tersebut merangkumi lima sektor utama iaitu perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, sehingga kini sebanyak 30 peratus pertubuhan perniagaan di negeri ini selesai dibanci di bawah pelaksanaan operasi BE2026 Fasa 1.

Menurutnya, kejayaan pelaksanaan BE2026 bukan hanya bergantung kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak.

“Setiap maklumat dan data yang dikongsikan akan menjadi nadi kepada perancangan masa depan ekonomi negara serta membantu memastikan dasar ekonomi digubal berasaskan realiti dan keperluan semasa.

“Pelaksanaan BE2026 merupakan satu tanggungjawab nasional dalam usaha memperkukuh daya saing negara, memacu inovasi serta menjamin kemakmuran ekonomi Malaysia yang mampan dan inklusif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketepatan dan kelengkapan maklumat yang disumbangkan setiap pertubuhan amat penting dalam memastikan dasar ekonomi yang digubal benar-benar berasaskan bukti statistik.

Menurut kenyataan itu, operasi BE2026 sedang dilaksanakan di seluruh negara bermula Januari hingga Oktober tahun ini dan meliputi hampir 1.34 juta pertubuhan.

Katanya, pelaksanaan banci kali ini menggunakan Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC) 2025 yang selaras dengan piawaian antarabangsa bagi membolehkan aktiviti ekonomi moden seperti robotik, pusat data, tenaga boleh diperbaharui, aset digital dan ekonomi kreatif diklasifikasikan dengan lebih tepat.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, pelaksanaan BE2026 akan menyediakan data asas struktur ekonomi negeri yang lebih komprehensif dan terkini bagi membantu penggubalan dasar pembangunan.

Menurutnya, data yang dikumpulkan menerusi banci tersebut juga akan menjadi input penting dalam penggubalan dasar fiskal, monetari, sosial dan pembangunan negeri.

Beliau turut menyeru semua pemegang taruh, persatuan perniagaan, pemain industri dan badan profesional supaya memberikan kerjasama penuh sepanjang tempoh banci dilaksanakan di negeri ini.

Related Posts

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

TAWAU – Pelbagai inisiatif kesedaran terus diperkasa bagi melindungi dan menangani peningkatan kes termasuk jenayah dan seksual melibatkan golongan remaja bawah umur di negeri ini. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Kerajaan meneliti penambahbaikan terhadap pelaksanaan subsidi diesel susulan maklum balas daripada pelbagai pihak, khususnya di Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan