Dua suspek larikan barang kemas berjaya dicekup

TEMERLOH – Dua lelaki ditahan disyaki terlibat kes larikan barang kemas dari sebuah kedai emas di di Jalan Ahmad Shah di sini, 27 April lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, suspek bekerja sebagai juruteknik barang elektrik dan buruh itu ditahan berasingan di Arau, Perlis dan Kuantan, kelmarin.

Menurutnya, tangkapan pertama melibatkan suspek berusia 46 tahun (juruteknik elektrik) pada 11.50 pagi di sebuah rumah di Kampung Padang Siding, Arau, Perlis.

“Suspek kedua ditahan kira-kira jam 10.45 malam hari sama di kawasan Perumahan Makmur Hijrah Jaya 4, Kuantan.

“Hasil siasat awal mendapati suspek pertama mengaku mencuri manakala suspek kedua berperanan sebagai pemandu kereta semasa kejadian,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mohd Nasyim berkata, suspek turut mengaku menjual barangan kemas yang dicuri.

“Kedua-dua suspek yang memiliki rekod lampau berkait jenayah dan dadah itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Dalam kejadian 1.20 tengah hari 27 April lalu, seorang daripada suspek memperdaya pemilik kedai emas dengan berpura-pura sebagai pelanggan sebelum melarikan seutas rantai tangan anggaran berat lebih lapan gram bernilai kira-kira RM5,000.

Kejadian itu tular selepas rakaman video litar tertutup di lokasi dimuat naik dan di kongsi di media sosial.

Related Posts

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan sempena Visit Sabah 2027. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Dr. Andi Md Samsureezal Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan