KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

KUCHING – Industri lada negara akan terus diperkukuh dengan tumpuan khusus terhadap peningkatan produktiviti, aplikasi teknologi moden serta pengembangan pasaran global.  

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, usaha berterusan itu penting bagi memastikan industri lada tempatan kekal berdaya saing dan relevan di peringkat antarabangsa.  

Menurut beliau, sektor berkenaan terus mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya menyumbang sekitar RM2.27 bilion atau 0.13 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun 2025, mencatatkan sedikit peningkatan berbanding RM2.24 bilion pada tahun sebelumnya.  

“Sehingga akhir tahun 2025, keluasan tanaman lada di Malaysia dianggarkan mencecah sekitar 8,200 hektar dengan pengeluaran terbesarnya tertumpu di Sarawak.  

“Industri komoditi ini turut disokong oleh kira-kira 39,000 pekebun kecil, yang sekali gus memainkan peranan yang amat penting dalam merancakkan dan menjana ekonomi komuniti di kawasan luar bandar,” katanya sempena Lawatan Kerja Industri Lada ke Lembaga Lada Malaysia (MPB) pada Isnin. 

Dari sudut pencapaian eksport pula, Malaysia telah merekodkan jualan 4,344 tan metrik komoditi lada yang bernilai sekitar RM179.78 juta pada tahun 2025. 

Pencapaian itu jelas membuktikan lada berkualiti tinggi dari negara ini terus menerima permintaan yang berterusan di pasaran global.  

Sementara itu, Noraini turut mengingatkan pemain industri supaya sentiasa memperkasakan inovasi dan rantaian nilai mereka, termasuk melalui pembangunan produk hiliran serta strategi penjenamaan yang lebih mantap.  

Jelasnya, mengambil kira cabaran semasa seperti perubahan iklim, ketidaktentuan harga komoditi serta tuntutan kualiti pasaran yang semakin tinggi, penggunaan teknologi bukan lagi satu pilihan sebaliknya ia adalah keperluan wajib bagi memastikan kelangsungan dan kemampanan industri.  

“Kerajaan akan terus komited memastikan sektor lada berkembang sebagai subsektor agrikomoditi yang bernilai tinggi melalui peningkatan pengeluaran, pemerkasaan teknologi serta pelebaran akses pasaran ke luar negara,” tambahnya.  

Terdahulu, beliau menghadiri sesi taklimat korporat bersama Pengurusan Tertinggi MPB bagi memperincikan prestasi semasa industri, pelbagai inisiatif pembangunan dan penetapan hala tuju strategik badan tersebut.  

Selain itu, Noraini turut meluangkan masa meninjau tapak fasiliti pemprosesan dan makmal MPB yang menjadi nadi kepada aktiviti kawalan kualiti, penyelidikan serta pematuhan standard keselamatan makanan global. 

Beliau turut berkesempatan melawat dua loji operasi terbaharu milik MPB, iaitu Loji Pemprosesan Fizikal (Proses Kering dan Basah) serta Loji Penyisihan Warna yang berperanan penting dalam meningkatkan tahap kecekapan operasi pengeluaran lada negara bagi memenuhi spesifikasi ketat eksport.

Related Posts

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan mengeluarkan amaran keras terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo rasmi pasukan itu serta imej Ketua Polis Kelantan dalam penerbitan poster, bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

PEKAN NANAS – Detik cemas melanda penduduk Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas apabila kejadian ribut kuat menyebabkan kerosakan kediaman dan memaksa puluhan keluarga meninggalkan rumah masing-masing. Seramai 100 mangsa daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis