SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

KOTA KINABALU – Sabah International Convention Centre (SICC) kini melangkaui peranan tradisional sebagai pusat acara bertaraf dunia dengan bertransformasi sebagai platform strategik bagi jaringan serta peluang perniagaan serantau.

‎Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Dr Rosmawati Lasuki berkata, pusat konvensyen berkenaan beraspirasi menjadi pemudah cara strategik kepada semua pelanggannya.

‎”SICC berhasrat untuk membantu semua pelnggan untuk mencapai impak sebenar sama ada dari segi penjanaan pendapatan, kerjasama mahupun pengembangan pasaran, bukan sekadar menyediakan ruang mesyuarat dan pameran.

‎“Kami ingin memahami objektif pelanggan melangkaui penganjuran acara itu sendiri.

‎”Apa sahaja perkembangan di peringkat organisasi, negara atau rantau lain, kami melihatnya sebagai peluang yang boleh dimanfaatkan bersama,” katanya pada Majlis ‘SICC Business Connect’, di sini, pada Khamis.

‎Menurut Rosmawati perubahan landskap perdagangan global membuka ruang baharu kepada Sabah untuk muncul sebagai lokasi strategik.

‎“Syarikat dari China yang sebelum ini bergantung kepada pasaran Eropah dan Timur Tengah kini mula meneroka Asia Tenggara, sekali gus meletakkan Sabah sebagai pintu masuk strategik ke rantau ASEAN.

‎“Lawatan saya ke China baru-baru ini turut memperlihatkan cabaran dan potensi tersebut,” katanya.

Tambahnya, SICC turut berperanan sebagai gerbang yang menghubungkan produk, pasaran dan peluang perniagaan.

‎“China melihat Sabah sebagai platform strategik untuk membawa produk mereka ke pasaran ASEAN.

‎”Sabah mempunyai potensi besar untuk menyokong perkara ini,” ujarnya.

‎Rosmawati turut menekankan kepentingan jaringan hubungan strategik dalam dunia perniagaan masa kini sebagai aset paling bernilai.

‎“Setiap pertemuan dan mesyuarat perlu dimanfaatkan untuk membina hubungan yang mampu menjana peluang sebenar.

‎“Apabila kita mempunyai jaringan hubungan strategik yang kukuh, kita mampu menghubungkan, mempengaruhi dan merealisasikan peluang perniagaan.

‎”Itulah nilai sebenar dalam ekonomi hari ini,” tegasnya.

‎Sementara itu, Rosmawati berkata,SICC kini mengamalkan pendekatan bersepadu dengan bukan sahaja menganjurkan acara, malah bertindak sebagai fasilitator kolaborasi, penghubung pelabur serta platform pertukaran maklumat.

‎“Pendekatan ini membolehkan klien bukan sahaja berhubung, tetapi turut berkembang melalui jaringan dan perkongsian pengetahuan.

‎“Dengan strategi ini, Sabah bukan sekadar destinasi konvensyen, sebaliknya berperanan sebagai gerbang penting yang mampu menarik pelaburan, memperluas jaringan perniagaan dan memacu integrasi ekonomi Asia Tenggara, sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab perniagaan serantau,” kongsinya lagi.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak