Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK) terus mempergiat usaha membangunkan luar bandar melalui penerkasaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), peluasan latihan kemahiran dan galakan pelaburan bagi menangani penghijrahan belia ke bandar.

Menterinya, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, usaha pembangunan IKS dipacu melalui program bimbingan keusahawanan, bantuan peralatan asas serta khidmat nasihat perniagaan kepada belia yang berminat menceburi sektor pemprosesan makanan, pertanian hiliran dan ekonomi kreatif.

“Program latihan kemahiran dan pensijilan ini akan diperluas melalui kerjasama strategik dengan institusi latihan, agensi kerajaan serta pihak industri bertujuan meningkatkan kebolehpasaran belia dan memenuhi keperluan pasaran kerja semasa.

“Dalam masa sama, KBSK menggalakkan penglibatan pelabur dalam sektor berpotensi dikawasan luar bandar melalui kerjasama strategik antara agensi berkaitan.

“Ini termasuk cadangan insentif tertentu tertakluk kepada dasar sedia ada dan kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan, bagi merangsang pewujudan peluang pekerjaan baharu,” katanya ketika sesi penggulungan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Sabah ke-17, pada Rabu.

Menjawab pertanyaan ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah mengenai projek Kompleks Sukan Tongod yang belum siap, Nizam berkata, baki kerja yang belum siap akan dijalankan pada tahun ini selepas kontraktor baharu yang kompeten dilantik.

Sementara itu, menjelaskan persoalan ADUN Lamag, Mohd Ismail Ayob berkenaan pembinaan projek Mini Kompleks Kinabatangan, Nizam memaklumkan projek yang diluluskan pada 2025 itu belum dilaksanakan kerana keutamaan menyelenggara serta menaik taraf Kompleks Sukan Sandakan untuk manfaat masyarakat setempat termasuk penduduk Kinabatangan.

Menurut Nizam, KBSK juga sedang dalam proses untuk mewujudkan sebuah unit yang berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program ekonomi kreatif.

“Kementerian saya banyak memohon kursus dan latihan bagi sektor perkhidmatan, penternakan, pelancongan, digital dan ekonomi kreatif (ekonomi Gig).

“Seterusnya pembuatan, minyak dan gas, logistik, pertanian moden, agropreneur, perusahaan kecil, pelancongan, perikanan serta ekonomi komuniti,” katanya menjawab soalan ADUN Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya mengenai inisiatif kerajaan menjamin kelangsungan ekonomi serta memastikan golongan belia dapat memperoleh pendapatan yang lebih stabil dalam bidang e-Sukan.

Mengenai penyediaan kemudahan asrama atlet dan lampu limpah di Kompleks Sukan Kota Belud yang dikemukakan ADUN Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari serta permohonan menaik taraf dan penambahan kemudahan sukan DUN Segama oleh ADUN Segama, Muhammad Abdul Karim, Nizam berkata, perkara itu akan diteliti sewajarnya.

Nizam turut menyatakan komitmen menjalankan kajian kebolehlaksanaan keperluan bagi mewujudkan pusat rekreasi kemudahan belia seperti disuarakan ADUN Banggi, Datuk Mohammad Mohamarin.

Foto: Jabatan Penerangan Sabah

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam