Kastam Sabah berjaya rampas rokok, minuman keras nilai lebih RM1,000,000

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah merampas rokok dan minuman keras pelbagai jenama lebih RM1,000,000 serta dadah dan menahan tujuh individu dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi JKDM Zon Sabah, hasil maklumat Unit Operasi Penguatkuasaan Zon Sabah pada baru-baru ini telah berjaya menahan tujuh individu warganegara tempatan berumur 19 hingga 53 tahun.

“JKDM berjaya merampas 555.60 liter minuman keras, rokok pelbagai jenama berjumlah 146,560 batang dan tembakau berjumlah 1,600 gram.

“Nilai harga bagi kesemua barang itu dianggarkan berjumlah RM183,086.92 manakala jumlah duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM861,836.90,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Selain itu, sehingga Ogos 2024, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sabah turut mencatat kejayaan dalam memerangi penyeludupan dadah dan ketum.

“Dalam tempoh sama, JKDM Sabah telah merampas pelbagai jenis dadah dan ketum dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 163 kes dan anggaran nilai rampasan berjumlah RM440,027.26,” katanya.

Justeru itu, orang ramai digesa membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan dan tidak membabitkan diri dalam aktiviti tersebut.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat