Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ketidaktentuan yang melibatkan Selat Hormuz masih belum menunjukkan penyelesaian yang benar-benar meyakinkan walaupun terdapat perkembangan di peringkat diplomatik.

Beliau berkata, isu berkenaan bukan hanya tertumpu kepada kemungkinan gangguan bekalan fizikal, sebaliknya turut merangkumi peningkatan premium risiko, kos insurans, logistik, kelewatan penghantaran serta gangguan rantaian bekalan global.

“Perkara yang sedang kita hadapi sekarang bukan lagi kejutan jangka pendek. Ini bukan sekadar isu harga minyak, malah juga telah berkembang menjadi krisis bekalan global yang memberi kesan kepada kos tenaga, logistik, bahan mentah, makanan, perkhidmatan dan akhirnya kehidupan harian rakyat.

“Dalam erti kata lain, kita kini berada pada faşa pengurusan tekanan yang berpanjangan, bukan lagi semata-mata fasa pengurusan kejutan awal,” katanya ketika taklimat krisis bekalan global yang disiarkan secara langsung.

Akmal Nasrullah berkata, jika ketidaktentuan berterusan, kesannya terhadap kos tenaga dan rantaian bekalan global boleh berlarutan sehingga 18 bulan sebelum kembali stabil, bergantung kepada perkembangan geopolitik dan pemulihan laluan perdagangan.

“Maknanya, Malaysia tidak terkecuali daripada tekanan global yang datang daripada pelbagai sudut,” katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh 13 hingga 17 April 2026, purata harga minyak mentah Brent merekodkan penurunan 11.6 peratus daripada AS$131.67 setong kepada AS$117.85 setong.

“Walaupun harga tertinggi minggu lepas mencecah US$132.46 setong namun masih berada di bawah rekod kemuncak US$144.46 setong apabila tercetusnya krisis di Asia Barat,” katanya.

Menurutnya, pergerakan harga minyak dunia menunjukkan krisis berkenaan masih berlarutan dan tekanan dijangka berterusan.

Mengenai prestasi ekonomi negara, beliau berkata beberapa petunjuk menunjukkan asas ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun berdepan cabaran global.Katanya, indeks FBM KLCI ditutup pada paras 1,695.21 mata pada 17 April 2026 berbanding 1,691.31 mata minggu sebelumnya.

“Ini mewakili kenaikan mingguan sebanyak 3.9 mata atau 0.23 peratus, dan meneruskan momentum positif sejak penghujung Mac manakala dalam tempoh enam minggu, indeks ini meningkat 0.29 peratus.

“Pada minggu ini, indeks int mengukuh pada paras 1,702.30 sekali gus menunjukkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi domestik masih bertahan, seterusnya mengimbangi impak negatif daripada penyusutan harga minyak Brent,” katanya.

Beliau berkata, anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan ekonomi negara diunjurkan berkembang 5.3 peratus pada suku pertama 2026 berbanding 4.4 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, unjuran itu selari dengan jangkaan antara 5.1 hingga 5.6 peratus oleh penganalisis dan dijangka mengatasi beberapa ekonomi utama serantau seperti Singapura pada 4.6 peratus serta China pada 5.0 peratus.

“Bagaimanapun, angka-angka ini tidak boleh dibaca sebagai isyarat bahawa tekanan telah berlalu. Sebaliknya, angka ini menunjukkan ekonomi negara masih bertahan ketika menghadapi tekanan luaran yang belum reda.

“Beberapa indikator bagi Mac 2026 masih belum dimuktamadkan, dan impak penuh krisis lazimnya lewat sedikit sampai kepada ekonomi melalui kos logistik, harga import, keputusan pelaburan dan sentimen pengguna,” katanya.

Related Posts

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

DAKWAAN bahawa Bersatu mengkhianati Pas dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis terus dipersoalkan apabila bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, menegaskan krisis itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laksana pemerkasaan kapasiti sumber air Johor jadi keutamaan Kerajaan, sokong pertumbuhan pusat data

KUALA LUMPUR – Keperluan bekalan air di Johor sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, sejajar pertumbuhan pesat sektor perindustrian, pembangunan bandar dan pelaburan strategik, termasuk pusat data. Timbalan Perdana Menteri , Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun