KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan kemahiran dalam kalangan graduan.

Menterinya, Datuk James Ratib berkata, pendekatan pendidikan tinggi perlu berubah secara dinamik agar program dan latihan yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi lebih relevan dengan kehendak pasaran kerja.

“Program dan latihan tidak boleh kekal statik. Ia perlu diselaraskan dengan permintaan industri supaya graduan yang dilahirkan benar-benar memenuhi keperluan pasaran kerja.

“Sehubungan itu, saya akan mengambil langkah proaktif dengan menghimpunkan pemain industri bersama pihak politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi menyelaras penawaran program latihan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Selasa.

Menurut beliau, pendekatan itu penting bagi memastikan pelajar mempunyai hala tuju kerjaya yang lebih jelas selepas tamat pengajian, selain membantu mengurangkan kadar pengangguran graduan.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam menyokong pencapaian akademik serta kesejahteraan pelajar.

“Penambahbaikan kemudahan asas di institusi pendidikan perlu diberi perhatian, termasuk penggantian tilam yang telah digunakan melebihi 10 tahun, selain peningkatan aspek kebajikan pelajar seperti penyediaan makanan berkualiti dan mencukupi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerjasama antara KPSTI dan Kementerian Pendidikan Tinggi turut melibatkan pelaksanaan projek pembangunan institusi, khususnya membabitkan IPTS.

“Setakat ini, sebanyak 21 projek telah dilaksanakan, manakala lapan lagi projek baharu sedang dalam tindakan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan mengikut jadual ditetapkan.

“KPSTI juga mencadangkan pewujudan laluan khas untuk pelajar luar bandar serta golongan B40 bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.

“Cadangan ini telah menerima maklum balas positif daripada Kementerian Pendidikan Tinggi yang bersetuju agar pendekatan inklusif berkenaan dipertimbangkan.

“Usaha ini penting bagi memastikan peluang pendidikan tinggi dapat dinikmati secara lebih saksama oleh semua lapisan masyarakat,” jelasnya.

James menegaskan KPSTI kekal komited dalam memperkasa ekosistem pendidikan tinggi yang lebih inklusif, responsif dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan Sabah.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James