Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau terkesan ketika menerima laporan kebakaran di kampung itu yang telah memusnahkan ratusan buah rumah.

“Justeru, keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook, pada Ahad.

Kira-kira 200 rumah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi tadi di perkampungan atas air terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.32 pagi.

Katanya, seramai 35 anggota bomba termasuk dari BBP Sandakan serta Kinabatangan dikejarkan ke lokasi untuk operasi pemadaman.

Beliau berkata, faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang terlalu rapat menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat.

Jimmy memaklumkan, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan PPR Batu Sapi diaktifkan pada jam 7 pagi tadi bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16