KBSK pantau Kod Sukan Selamat, jamin keselamatan pelajar

TAWAU – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah terus memperhebat pemantauan pelaksanaan Kod Sukan Selamat di peringkat sekolah atau di bawah institusi pendidikan.

Menterinya, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Majlis Sukan Negeri telah diberi kuasa oleh kementeriannya untuk memastikan setiap aktiviti sukan berjalan dengan selamat dan teratur.

“Langkah ini agar segala pertandingan yang dianjurkan tidak akan menanggung pelbagai masalah-masalah seperti kecederaan ataupun risiko-risiko kemalangan yang sudah pasti akan memberi imej yang tidak baik kepada sukan dan sekolah itu sendiri. 

“Jadi kita memang mengarahkan Majlis Sukan Negeri untuk memantau perkara ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Anugerah Inspirasi Kurikulum (MAIK) 2025 di SMK Titingan, pada Ahad.

Pada Majlis itu, disampaikan pelbagai anugerah termasuk kepada seramai 31 pelajar susulan pencapaian cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 selain penganugerahan anugerah Permata Titingan 2026.

Menurut Nizam yang juga ADUN Apas, SMK Titingan merupakan satu-satunya Sekolah Menengah Kebangsaan yang terdapat di Dewan Undangan Negeri Apas.

Katanya, prestasi dan kemajuan sekolah itu sentiasa menjadi perhatiannya setiap tahun khususnya apabila berdepan peperiksaan SPM serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

“Kita bersyukur apabila pada SPM tahun 2025, sekolah ini berjaya melahirkan dua pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9A sekali gus mencatat satu pencapaian yang membanggakan.

“Saya juga dimaklumkan bahawa banyak mata pelajaran khususnya dalam aliran sains telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik,” ujarnya.

Sehubungan itu, Nizam berharap semua pihak iaitu guru, ibu bapa mahupun pelajar terus berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan SMK Titingan menjadi antara sekolah terbaik di Tawau.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali