PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan ucapan tahniah kepada jemaah haji Malaysia yang terpilih menunaikan ibadah haji bagi musim tahun ini.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau turut menyatakan rasa syukur atas keberangkatan kumpulan pertama jemaah ke Tanah Suci yang bermula awal pagi tadi.

“Sesungguhnya, ibadah haji adalah perjalanan agung yang menuntut pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan ketakwaan,” kata beliau menerusi hantaran itu.

Perdana Menteri turut mendoakan agar semua urusan jemaah dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci.

“Mudah-mudahan seluruh jemaah dikurniakan haji mabrur yang tiada balasan melainkan syurga, serta pulang ke tanah air dengan membawa keberkatan, keinsafan dan semangat untuk menjadi hamba Allah SWT yang mukhlisin,” kata Anwar.

Bagi musim haji tahun ini, seramai 31,600 jemaah Malaysia dijangka menunaikan ibadah berkenaan, dengan kumpulan pertama seramai 284 orang telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada jam 4.05 pagi tadi menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050.

Penerbangan terakhir bagi membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dijadualkan pada 20 Mei ini.

Related Posts

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti untuk rakyat

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyempurnakan Program MADANI KITA (PMK) yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Sawah di sini pada pukul 2 petang ini. PMK…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perancis ketuai Kumpulan I, kalahkan Norway 4-1

Perancis ketuai Kumpulan I, kalahkan Norway 4-1

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti untuk rakyat

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti untuk rakyat

Karisma dan diplomasi MADANI

Karisma dan diplomasi MADANI

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai