Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan insiden bot yang membawa kira-kira 250 hingga 280 migran, disyaki warga Bangladesh dan Myanmar, yang dilaporkan karam di Laut Andaman baru-baru ini tidak berlaku dalam perairan negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, insiden tersebut tidak berada di bawah bidang kuasa operasi Malaysia, sekali gus tidak melibatkan tanggungjawab langsung agensi itu dalam pelaksanaan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).

Menurutnya, Maritim Negeri Kedah dan Perlis belum mengaktifkan Op GUARD setakat ini, namun langkah kesiapsiagaan tetap dipertingkatkan melalui pemantauan rapi di sekitar perairan utara Pulau Langkawi.

“Aset maritim telah ditempatkan di lokasi strategik bagi memastikan sebarang perkembangan dapat dikesan lebih awal, termasuk penggunaan sistem radar di kawasan sempadan perairan negara.

“Pemantauan ini penting bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara serta sebarang kemungkinan dapat ditangani dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Maritim Malaysia bagaimanapun telah menerima maklumat awal berhubung kejadian itu dan sedang mendapatkan kerjasama risikan daripada negara jiran bagi mengetahui perkembangan lanjut.

Katanya, pihaknya akan segera menggerakkan aset sekiranya terdapat laporan mangsa hanyut atau penemuan mayat yang memasuki perairan negara.

“Sebarang operasi CARILAMAT di laut adalah tertakluk kepada negara yang mempunyai bidang kuasa di lokasi kejadian selaras dengan konvensyen maritim antarabangsa,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan serta menjejaskan persepsi terhadap keupayaan agensi penguatkuasaan negara.

Pada Rabu, media melaporkan sebuah bot yang membawa lebih 250 migran tanpa dokumen dilaporkan tenggelam di Laut Andaman selepas berlepas dari kawasan pantai Cox’s Bazar baru-baru ini seperti dilaporkan Anadolu Agensi (AA) yang memetik pihak polis.

Kejadian itu terbongkar selepas sebuah kapal Bangladesh menyelamatkan sembilan individu dari Lautan Hindi pada 9 April dan menyerahkan mereka kepada polis Bangladesh, kata Ketua Balai Teknaf, Saiful Islam, kepada AA.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan jumlah tepat penumpang di atas bot itu, sebaliknya hanya menyatakan jumlah yang terlibat ‘ramai’.

Related Posts

Kes bayi jatuh kerusi meninggal: Pengasuh direman 3 hari bermula hari ini

SUNGAI PETANI – Pengasuh yang ditahan berhubung kejadian bayi perempuan 11 bulan yang meninggal dunia semalam selepas terjatuh direman tiga hari untuk membantu siasatan. Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majoriti Rohingya di Perlis miliki kad UNHCR, JIM terus pantau

KANGAR – Kebanyakan etnik Rohingya yang berada di Perlis didapati memiliki kad pendaftaran Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), namun Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri akan terus mempergiat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM seru kempen PRN Johor berlangsung matang, hormati rakyat

PM seru kempen PRN Johor berlangsung matang, hormati rakyat

𝐊𝐋𝟐𝟎 dijangka berlangsung pada suku keempat 2026 – Menteri

𝐊𝐋𝟐𝟎 dijangka berlangsung pada suku keempat 2026 – Menteri

Kes bayi jatuh kerusi meninggal: Pengasuh direman 3 hari bermula hari ini

Kes bayi jatuh kerusi meninggal: Pengasuh direman 3 hari bermula hari ini

Majoriti Rohingya di Perlis miliki kad UNHCR, JIM terus pantau

Majoriti Rohingya di Perlis miliki kad UNHCR, JIM terus pantau

Anwar tekad terus pertingkat prestasi, tidak leka dengan pujian

Anwar tekad terus pertingkat prestasi, tidak leka dengan pujian

Kerajaan percepat pembinaan rumah sewa penjawat awam di tanah kerajaan – PM

Kerajaan percepat pembinaan rumah sewa penjawat awam di tanah kerajaan – PM