GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

PUTRAJAYA – Pengamal media, khususnya wartawan, jurufoto dan juruvideo memohon pertimbangan kerajaan supaya kuota 300 liter RON95 yang dinikmati sebelum ini dikekalkan.

Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) berkata, keputusan kerajaan mengehadkan kuota BUDI RON95 kepada 200 liter sebulan ketika ini mula memberi cabaran besar buat pengamal media dalam menyempurnakan tugasan di lapangan.

“GKMM menerima banyak keluhan daripada pengamal media, khususnya yang bertugas di negeri, yang perlu menempuh jarak perjalanan jauh serta perlu berulang alik ke lokasi liputan setiap hari, menyebabkan kuota 200 liter habis lebih awal.

“Justeru, GKMM meminta supaya kerajaan dapat memberi pengecualian khas kepada pengamal media berdaftar yang terdiri wartawan, jurugambar serta juruvideo untuk terus menerima kuota 300 liter RON95 seperti sebelum ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Kelab Media Johor, Kelab Media Putrajaya, Kelab Pengamal Media Melaka, Kelab Media Elit Kedah dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching.

Selain itu, Kelab Media Kuala Lumpur & Selangor, Kelab Wartawan Media Terengganu, Kelab Media Negeri Sembilan, Persatuan Wartawan Perlis dan Persatuan Pengamal Media Perak.

Turut menyokong gesaan itu, Sabah Journalist Association, Kelab Media Mutiara Pulau Pinang, Kelab Media Kelantan Darul Naim serta Pertubuhan Wartawan Jurugambar Selangor.

Menurut GKMM, langkah mengembalikan semula kuota itu akan membantu pengamal media menyempurnakan serta melancarkan kerja liputan di lapangan, selain meringankan beban ditanggung terutama dalam mendepani situasi kenaikan kos yang cukup mencabar ketika ini.

Gabungan itu menjelaskan, ia memahami cabaran krisis tenaga global yang masih berlarutan hingga kini ekoran ketegangan di Asia Barat.

“GKMM sambut baik usaha dan komitmen kerajaan meneruskan subsidi bersasar kepada rakyat Malaysia terutama menerusi kuota 200 liter di bawah BUDI RON95, RM2.15 seliter bagi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, di samping BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu.

“GKMM juga menyedari dengan peningkatan kos dan belanja subsidi bahan bakar yang ditanggung kerajaan bagi menjamin rakyat terus menikmati harga berpatutan atau lebih rendah, sungguhpun harga pasaran sudah meningkat begitu ketara dalam tempoh tersingkat ini,” menurut GKMM.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan