Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

KUALA LUMPUR – Cadangan pelantikan Pendakwa Raya melalui mekanisme Parlimen tidak dapat mengelakkan pengaruh politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan memandangkan Parlimen merupakan institusi yang dianggotai oleh ahli politik.

“Itu munasabah dan adil kerana mereka melihat Parlimen sebagai suara rakyat, namun kita juga perlu melihat perbandingan dengan negara lain. Di sesetengah negara, walaupun Parlimen terbabit, nama calon tetap dibawa pihak eksekutif.

“Dalam kes ini, terdapat banyak variasi yang perlu diteliti. Kita masih dalam proses kajian dan cuba mencari jalan tengah. Suka atau tidak, apabila bercakap mengenai Parlimen, kita tidak boleh lari daripada pengaruh parti politik.

“Ini kerana Parlimen itu sendiri terdiri daripada parti politik. Jadi walaupun kita tidak mahu pengaruh parti politik melalui Parlimen, pengaruh itu tetap ada. Jadi persoalannya, kita mahu ahli politik terbabit atau tidak?” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya di bangunan Parlimen, semalam.

Menurut Azalina, kerajaan sedang meneliti pelbagai model pelantikan dengan mengambil kira pandangan badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO), yang mencadangkan agar Parlimen memainkan peranan lebih besar dalam proses berkenaan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan semua wakil parti politik dalam jawatankuasa berkenaan telah diarahkan mengemukakan pendirian rasmi masing-masing bagi memastikan setiap pandangan diambil kira sebelum keputusan dibuat.

“Saya mengarahkan wakil parti dalam jawatankuasa ini mendapatkan posisi bertulis parti masing-masing. Kita perlu tahu pandangan rasmi mereka dalam isu pelantikan ini sebelum keputusan lanjut dibuat.

“Sama ada kita mahu ahli politik terbabit atau tidak dalam proses pelantikan (Pendakwa Raya), perkara itu akan terus dibincangkan kerana Ahli Parlimen sendiri adalah orang politik,” katanya.

Jelasnya, perbincangan meliputi aspek lain termasuk pelantikan, penamatan jawatan serta tahap akauntabiliti Pendakwa Raya kepada Parlimen, selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh NGO dan CSO.

“Kita sedang cuba mencari jalan tengah. NGO ada keutamaan mereka sendiri, manakala parti politik juga mempunyai pandangan berbeza bergantung pada kedudukan mereka sama ada dalam kerajaan atau pembangkang,” katanya.

Tambah beliau, mesyuarat seterusnya dijadualkan pada 27 April ini bagi meneliti pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) dari sudut perundangan sebelum draf akhir pindaan dimuktamadkan.

Related Posts

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

PUTRAJAYA – Semua kementerian diarahkan meneliti semula status tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dikenal pasti sudah lama tidak dibangunkan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa