Bekalan bahan api stabil, orang ramai diminta bertenang

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan bekalan bahan api negara masih stabil dan mencukupi.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai supaya tidak panik dan meneruskan pembelian seperti biasa.

“Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan keadaan kekal terkawal dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya, lapor Bernama.

Berhubung gangguan bekalan sementara di beberapa stesen minyak, Fuziah berkata kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta pihak industri sedang memantau perkara itu secara rapi.

Beliau berkata langkah pemulihan bekalan juga sedang dilaksanakan dengan segera.

Terdahulu, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan kemungkinan terdapat peningkatan permintaan sementara yang mengakibatkan kekurangan bahan api secara sementara di beberapa stesen.

Syarikat itu menyatakan pihaknya sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkan bekalan di stesen terlibat secepat mungkin.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan