Agensi JPM perlu utamakan projek berimpak tinggi – KSN

PUTRAJAYA – Semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) diingatkan supaya lebih berdisiplin dalam menentukan keutamaan projek, dengan memberi fokus kepada inisiatif yang benar-benar memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perkara itu ditegaskan dalam Mesyuarat Pengurusan bersama Ketua Jabatan dan Agensi di JPM yang dipengerusikannya, semalam.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan turut meneliti pelbagai perkara termasuk dapatan audit, tahap pematuhan, serta prestasi kewangan dan pelaksanaan projek pembangunan.

“Saya turut menegaskan agar semua agensi menilai semula keutamaan projek dengan lebih berdisiplin serta membezakan antara ‘must have vs nice to have’.

“Setiap perbelanjaan dan pelaksanaan projek mesti berlandaskan nilai kepada rakyat, agar setiap usaha yang digerakkan benar-benar memberi manfaat yang dirasai secara langsung,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, JPM bersama agensi di bawahnya perlu terus memainkan peranan sebagai contoh terbaik dalam aspek tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan.

Katanya, setiap inisiatif yang dilaksanakan perlu memberi impak nyata serta dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

Related Posts

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

MUAR – Pengundi khususnya anak muda yang berada di luar negeri termasuk di Singapura, digesa pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

MUAR – Pengundi diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan taktik sabotaj digital berikutan terdapat cubaan mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah calon untuk menyebarkan fitnah sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen

Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen