Konflik Asia Barat jejaskan pemulihan prasarana tenaga global

PUTRAJAYA – Usaha memulihkan infrastruktur tenaga di negara Teluk yang terjejas akibat konflik di Asia Barat dijangka mengambil tempoh yang lama, sekali gus memberi kesan berpanjangan kepada bekalan serta pasaran tenaga di peringkat global.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, walaupun gencatan senjata sementara selama dua minggu dicapai antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) bagi memberi ruang kepada penelitian dan pemuktamadan pelan damai, impak konflik tersebut masih dirasai khususnya terhadap ekosistem serta kemudahan tenaga di rantau berkenaan.

“Sudah pasti yang paling penting adalah bagi rakyat Malaysia untuk memahami bahawa akhirnya walaupun pada waktu ini perdamaian sementara dikecapi, namun kesan konflik terbabit terus kita rasai akibat daripada kerosakan kepada ekosistem dan prasarana tenaga di negara Teluk.

“Jemaah Menteri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) difahamkan bahawa tempoh masa untuk membaik pulih prasarana ini termasuk tangki penstoran, paip penyaluran gas dan minyak mentah serta fasiliti pemprosesan akan mengambil masa, ada yang mungkin beberapa bulan hingga beberapa tahun untuk pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, perkembangan di Selat Hormuz turut menjejaskan kelancaran rantaian bekalan apabila kira-kira 2,000 kapal masih terkandas di laluan strategik berkenaan.

“Sebelum ini, lebih 200 kapal keluar masuk setiap hari di Selat Hormuz, namun ketika ini masih terdapat kira-kira 2,000 kapal yang terperangkap dan pergerakan kapal sama ada di selat mahupun di lautan terbuka mengambil masa yang lama,” katanya.

Beliau berkata, faktor keselamatan selain sifat kargo yang mudah terbakar menyebabkan pergerakan kapal perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati dan mengambil masa yang lebih panjang.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan memberi keutamaan untuk memastikan bekalan tenaga terus terjamin serta sebarang gangguan dapat ditangani sebaik mungkin demi kepentingan rakyat.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan