Penutupan penuh laluan di persimpangan ‘flyover’ Panji selama 6 hari

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli

KOTA BHARU – Laluan di persimpangan ‘flyover’ Panji (FT131) dari simpang empat Pauh Panji menghala ke Kota Bharu akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selama enam hari bermula hari ini sehingga 9 April 2026.

Penutupan tersebut dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembukaan struktur sementara A-Frame serta penggalian dan pembinaan paip jenis MS berdiameter 750 milimeter di kawasan berkenaan. Langkah ini diambil bagi memastikan semua kerja dapat dijalankan dengan selamat, teratur dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif yang disediakan serta sentiasa mematuhi arahan keselamatan lalu lintas sepanjang tempoh penutupan tersebut.

Orang ramai juga disaran untuk terus mengikuti laman sosial rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan penutupan laluan dan perkembangan semasa di kawasan berkenaan.

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak