Kastam Kedah berjaya gagalkan penyeludupan dadah bernilai RM3.9 juta

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah mengagalkan cubaan menyeludup 46 kilogram (kg) dadah yang disyaki dibawa masuk melalui laluan laut dari Indonesia di Kuala Muda, dekat sini pada 21 Februari lalu.

Pengarahnya, Wan Marini Wan Hamzah berkata, rampasan bernilai RM3.9 juta itu susulan daripada maklumat risikan lebih tiga bulan oleh pasukannya.

“Dalam operasi itu sepasukan pegawai JKDM Cawangan Penguatkuasaan Marin Langkawi dan Tanjung Dawai mengekori sebuah kereta dipandu seorang lelaki Indonesia disyaki membawa bahan terlarang itu di Jalan Kota Kuala Muda.

“Pasukan kemudian mengarahkan suspek berusia 40-an itu memberhentikan kenderaan, namun enggan bekerjasama. Pasukan bertindak memintas dan menahan kenderaan tersebut sebelum suspek melompat keluar dari melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan beberapa bungkusan beg disyaki mengandungi dadah di tempat duduk belakang iaitu ekstasi seberat 15.72 kg dan syabu (30.90 kg),” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JKDM Kedah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, jika terlepas di pasaran, dadah tersebut boleh digunakan oleh kira-kira 500,000 penagih.

“Dadah jenis ekstasi dan syabu ini dipercayai untuk pasaran gelap sekitar utara Semenanjung Malaysia. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Tambahnya, penyeludup dipercayai menggunakan modus operandi baharu dengan menggunakan kepulauan sekitar Indonesia sebagai lokasi transit baharu sebelum membawa dadah ke negara ini.

“Memandangkan penguatkuasaan semakin ketat di sempadan Thailand jadi penyeludup menggunakan laluan laut dari Indonesia,” katanya.

Related Posts

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

KUCHING – Kerajaan MADANI menyediakan kemudahan bantuan secara fizikal di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara bagi memudahkan pendaftaran Program BUDI MADANI…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos logistik boleh diserap, projek berstatus SST diteruskan – Alexander Nanta Linggi

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) menepis dakwaan bahawa lebih 100 projek pembinaan di seluruh negara tergendala akibat peningkatan kos susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun

Rafizi tidak peduli isu rakyat, lebih obses menyerang Anwar

Rafizi tidak peduli isu rakyat, lebih obses menyerang Anwar

PRN Johor, Negeri Sembilan uji keupayaan parti urus persepsi