Kapal Ocean Thunder milik Malaysia berjaya lepasi Selat Hormuz

SEBUAH kapal tangki milik Malaysia yang membawa minyak mentah dari Iraq dilaporkan berjaya melintasi Selat Hormuz dan perkembangan itu mencerminkan kelonggaran terpilih oleh Iran terhadap laluan tenaga kritikal dunia.

Berdasarkan data London Stock Exchange Group (LSEG) dan Kpler, kapal tangki Ocean Thunder itu melepasi laluan berkenaan selepas Tehran mengesahkan Iraq dikecualikan daripada sekatan, sekali gus membuka ruang kepada penghantaran tenaga melibatkan rakan dagang tertentu.

Kapal tersebut dilaporkan memuatkan kira-kira satu juta tong minyak mentah Basrah Heavy pada 2 Mac dan dijangka berlabuh di Pengerang bulan ini untuk proses pemunggahan.

Menurut sumber industri, kapal itu disewa oleh Petco, unit kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas), dan merupakan antara tujuh kapal Malaysia yang diberikan kebenaran melalui selat berkenaan.

Setakat ini, Kementerian Luar dan Petronas belum mengeluarkan sebarang maklum balas rasmi berhubung perkembangan tersebut.

Terdahulu, media melaporkan tujuh kapal Malaysia, termasuk empat yang sarat dengan muatan minyak mentah, sebelum ini terkandas di Selat Hormuz namun telah memperoleh kebenaran Iran untuk meneruskan pelayaran pulang.

Bagaimanapun, faktor kesesakan luar biasa masih menjadi kekangan utama, di mana kesemua kapal yang membawa 282 anak kapal warga Malaysia dilaporkan masih menunggu masa sesuai untuk bergerak.

Keadaan itu menambah tekanan ke atas laluan sempit selebar kira-kira 33 kilometer tersebut, sekali gus menonjolkan risiko rantaian bekalan global yang terus terdedah kepada ketegangan geopolitik di rantau berkenaan.

Related Posts

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis perjelaskan kehadiran anggota di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penugasan anggota di sekitar Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah