Semua IPG diarah henti aktiviti air, lasak serta-merta – KPM

IPOH – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara menghentikan serta-merta sebarang aktiviti air dan lasak susulan tragedi dua pelajar lemas ketika menyertai aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Kedah, Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, arahan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad sebagai langkah segera bagi menjamin keselamatan pelajar.

Menurutnya, larangan tersebut berkuat kuasa serta-merta sehingga satu pengumuman lanjut dibuat kementerian.

“Ini tindakan segera untuk memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin, di samping memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa KPM bertindak pantas dalam menangani isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bas kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan KPM memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan kes berkenaan, selain melaksanakan siasatan dalaman secara menyeluruh.

“Siasatan polis diserahkan kepada pihak berkuasa, manakala siasatan dalaman KPM akan meneliti semua aspek termasuk sebarang kelemahan yang berbangkit,” katanya.

Tambah beliau, pihak kementerian turut turun padang ke IPG Kampus Perlis di Kangar bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian serta mendengar penjelasan daripada pelajar terlibat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, dua pelajar, Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, dilaporkan hilang selepas kayak dinaiki mereka dipukul ombak ketika menyertai aktiviti bersama 33 pelajar lain.

Kedua-dua mangsa yang berasal dari Sarawak ditemukan lemas kira-kira sejam setengah kemudian pada hari sama.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, KPM turut menyerahkan sebuah bas baharu berkapasiti 40 tempat duduk kepada sekolah terbabit bagi menggantikan kenderaan lama yang telah digunakan lebih 30 tahun.

Selain itu, peruntukan sebanyak RM50,000 turut diumumkan bagi kerja-kerja menaik taraf surau sekolah berkenaan demi keselesaan warga sekolah.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri