8 rumah terbakar di Kedai Buluh, kenderaan turut hangus

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli

KOTA BHARU — Lapan buah rumah di Kampung Kedai Buluh di sini dilaporkan terbakar dalam satu kejadian malam tadi, dengan lima daripadanya musnah sepenuhnya.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.45 malam itu menyaksikan seramai 48 pegawai dan anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerahkan ke lokasi bagi mengawal serta memadamkan kebakaran.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Mohd Farid Ismail berkata, kebakaran tersebut turut memusnahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux serta sebuah motosikal.

Menurut beliau, operasi pemadaman dijalankan dengan segera bagi mengelakkan api terus merebak ke kawasan berhampiran, memandangkan kedudukan rumah yang agak rapat antara satu sama lain.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman