BDR bukan tiket bersantai, penjawat awam perlu kekal produktif

SHAH ALAM – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula pada 15 April ini bukan peluang untuk ‘bersenang-lenang’ dan mengambil mudah terhadap tanggungjawab.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, walaupun di rumah, penjawat awam tetap perlu melaksanakan kerja mengikut peraturan ditetapkan dan dalam masa sama dipantau oleh ketua jabatan masing-masing.

“Jangan salah faham, BDR bukan bermaksud baring duduk rehat atau membeli-belah di pasar raya. Output dan produktiviti mesti sama kerana pegawai yang melaksanakan BDR perlu mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas dan ditetapkan lebih awal,” katanya ketika menyampaikan Ucaptama Taat Setia Madani, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Shamsul Azri berkata, BDR merupakan sebahagian daripada reformasi perkhidmatan awam yang memberi penekanan kepada pencapaian hasil kerja, bukan sekadar kehadiran fizikal di pejabat semata-mata.

Menurut beliau, dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global, langkah penjimatan perlu dilaksanakan di semua peringkat termasuk pejabat kerajaan dengan mengurangkan pembaziran seperti penggunaan elektrik, penganjuran mesyuarat fizikal serta lawatan ke luar negara yang tidak perlu.

“Mesyuarat boleh dilaksanakan secara dalam talian dan penggunaan kemudahan perlu dioptimumkan kerana ia tanggungjawab bersama.

“Dalam era media sosial, kita perlu menjadi ejen penyampai maklumat yang benar dan bukan penyebar fitnah,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) mulai 15 April ini sebagai langkah awal menangani kesan kos pengangkutan akibat kenaikan harga minyak.

Ia melibatkan kementerian, agensi serta badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan. Namun dikecualikan adalah sektor pendidikan, pertahanan dan kesihatan.

Related Posts

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu menjadi sebuah Kota Baca dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya agenda memartabatkan budaya ilmu diperkasa menerusi pelbagai inisiatif strategik, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Wartawan Nasional: Fadillah hargai peranan media pupuk perpaduan

KUCHING – Peranan pengamal media di negara ini terus diiktiraf sebagai komponen penting, khususnya dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

“Nak kawan silakan, nak lawan pun dipersilakan” – Kamarul Ariffin tegas hadapi cabaran politik

“Nak kawan silakan, nak lawan pun dipersilakan” – Kamarul Ariffin tegas hadapi cabaran politik

Pas, Bersatu bergerak berasingan adalah langkah terbaik

Pas, Bersatu bergerak berasingan adalah langkah terbaik

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

Korban jadi isu politik? Rakyat Kemaman berhak tanya soalan yang sama kepada Samsuri

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

PSG kekal ‘Raja Bola sepak Eropah’ selepas kalahkan Arsenal

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

2 bas persiaran, 1 SUV kemalangan di Genting

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim