Komitmen kerajaan kekal subsidi minyak perlu dihargai – Nizam

TAWAU – Usaha kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengekalkan harga subsidi minyak walaupun di pasaran global meningkat wajar dihargai rakyat, kata Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Nizam yang juga ADUN Apas berkata, walaupun harga minyak dunia meningkat susulan konflik Asia Barat, subsidi masih disalurkan khusus kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Katanya, selain menghargai usaha kerajaan, rakyat juga perlu memainkan peranan dengan mengamalkan penggunaan secara berhemah termasuk menjimatkan penggunaan elektrik dan bahan api kenderaan.

“Jadi, untuk kita supaya dapat menyokong segala usaha yang dilakukan oleh Kerajaan, maka setiap rakyat juga bertanggungjawab untuk bersama-sama dengan kerajaan agar impak dan kesan ini tidak akan menjejaskan keharmonian ataupun perjalanan hidup seharian di negara kita ini, “katanya kepada media selepas merasmikan Penutupan Festival Ramadan Raya Sabah 2026, di Dewan Masyarakat Tawau, pada Jumaat.

Mengenai harga minyak Diesel, Nizam berkata rakyat di kedua-dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak amat Bersyukur kerana menikmati harga lebih rendah berbanding kawasan lain memandangkan kebergantungan tinggi bahan api itu disebabkan faktor geografi.

“Kita juga harus memberi berterima kasih kepada kerajaan yang ada pada hari ini yang masih lagi berusaha untuk membantu kita ataupun mempastikan kehidupan kita ini berjalan dalam keadaan yang baik,” ujarnya.

Untuk rekod, kerajaan memaklumkan bahawa pelarasan harga bahan api bagi tempoh 2 hingga 8 April ini dibuat susulan tekanan krisis tenaga global yang masih berlarutan, sekali gus memberi kesan kepada pasaran petroleum.

Bagi tempoh ini, harga RON97 diturunkan sebanyak 20 sen kepada RM4.95 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM3.87 seliter.

RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter dan petrol bersubsidi (SKPS) ekal pada RM2.05 seliter.

Sementara itu, harga diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 50 sen kepada RM6.02 seliter.

Namun, diesel bersubsidi (SKDS) kekal pada RM2.15 seliter, termasuk di Sabah, Sarawak dan Labuan yang tidak mengalami sebarang perubahan harga.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula