Dua pegawai tertinggi JAS didakwa kes rasuah e-waste

KUALA LUMPUR – Dua pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan rasuah berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste).

Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 atas kesalahan menerima suapan berjumlah RM100,000.

Dalam prosiding berasingan, Timbalan Ketua Pengarah JAS, Norhazni Mat Sari, pula berdepan enam pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana didakwa menerima suapan keseluruhan bernilai RM21,000.

Kedua-dua individu dibawa ke hadapan Hakim Suzana Hussin dan Hakim Azura Alwi di dua bilik mahkamah berbeza bagi tujuan pembacaan pertuduhan.

Timbalan Ketua Pengarah JAS tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala Ketua Pengarah dilaporkan hadir lebih awal.

Penahanan terhadap kedua-dua pegawai kanan berkenaan dibuat oleh SPRM pada 29 Januari lalu di Ibu Pejabat SPRM selepas mereka hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu e-waste.

Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 susulan dakwaan salah guna kuasa serta rasuah dalam pengurusan sisa elektronik yang dipercayai berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah